Afterschool
October 28, 2021
Kepada korang yang melanjutkan pengajian diploma di IPTS dan ingin memohon WPP, berikut kami kongsikan soalan lazim yang sering tanya oleh pelajar diploma IPTS mengenai WPP, siapa yang layak memohon, bagaimana hendak memohon, cara tunaikan WPP, adakah WPP ini seperti pemberian zakat untuk wang saku sebelum memulakan pengajian dan sementara menunggu pinjaman PTPTN diluluskan dan sebagainya. Untuk makluman korang, ini adalah inisiatif terbaru PTPTN yang menawarkan WPP kepada pelajar diploma di IPTS. Biasanya WPP hanya ditawarkan kepada pelajar di IPTA dan politeknik sahaja.
1. Apakah yang dimaksudkan inisiatif tawaran WPP kepada pelajar diploma B40 IPTS?
Inisiatif ini bermaksud pemberian WPP diperluaskan kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma sepenuh masa di IPTS.
2. Apakah yang dimaksudkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)?
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan pinjaman berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak.
3. Siapakah yang layak mendapat inisiatif ini?
4. Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP?
Pelajar perlu membuat permohonan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 1 hingga 15 hari bulan sebelum bulan pendaftaran pelajar di IPTS (kelompok pertama).
5. Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?
Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 9 hari bulan pada bulan berikutnya selepas permohonan dibuat. Makluman juga akan dibuat melalui e-mel.
6. Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
7. Bilakah tempoh penunaian WPP?
WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.
Contoh:
8. Adakah terdapat sebarang rayuan mendapatkan WPP jika penjaga dan pelajar bukan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)?
Tiada rayuan akan dipertimbangkan.
9. Adakah WPP diberi secara percuma?
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebagai persediaan pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan. Boleh klik info pembayaran balik WPP.
10. Apakah situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP?
Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:.
Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat surat tawaran. Ta'widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke-9 daripada tarikh tamat surat tawaran.
11. Apakah dokumen yang perlu disertakan sekiranya pelajar kehilangan MyKad?
Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
12. Adakah WPP boleh ditunaikan sekiranya surat tawaran yang dicetak tidak lengkap dengan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran?
Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.
13. Sekiranya cap jari pelajar gagal diimbas, adakah WPP tersebut boleh tunaikan?
Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT.
14. Adakah WPP boleh dipindahkan ke akaun simpanan Bank Islam pelajar?
Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.
Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.
Semoga perkongsian ini membantu!
ARTIKEL BERKAITAN
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.