Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID -19 PTPTN

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 29, 2021, 07:46 am

1. Apakah Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID -19?

Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19 merupakan kerjasama di antara PTPTN dan Hong Leong Insurans/Takaful di mana sebanyak RM300,000 dana telah diperuntukkan bertujuan menyediakan perlindungan kepada rakyat Malaysia terhadap komplikasi atau kesan yang dialami selepas menerima vaksin sekali gus menggalakkan rakyat Malaysia mengambil vaksin untuk mengawal penularan penyakit COVID-19.

 

2. Bilakah tempoh Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID -19?

Tempoh kempen bermula 30 Mei hingga 31 Ogos 2021.

 

3. Siapakah yang layak menyertai Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID -19?

Semua rakyat Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun yang membuka akaun baharu SSPN-i Plus dan menerima vaksin dalam tempoh kempen adalah layak menyertai kempen ini.

 

4. Apakah manfaat perlindungan yang disediakan dalam Kempen Perlindungan Pasca Vaksinasi COVID-19?

Dua (2) manfaat perlindungan yang disediakan, iaitu:

  • Elaun kemasukan hospital akibat komplikasi selepas pengambilan vaksin sebanyak RM100 sehari (maksimum sehingga 7 hari); dan
  • Manfaat kematian akibat komplikasi selepas pengambilan vaksin sebanyak RM5,000 seorang.
  • Manfaat perlindungan (a) dan (b) ini terpakai di dalam tempoh masa 30 hari bermula dari tarikh terima vaksin sehingga 30 September 2021 atau mana-mana tarikh yang awal.

 

5. Adakah pendeposit perlu membuat bayaran tambahan bagi mendapatkan manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19?

Tidak. Manfaat perlindungan ini diberikan percuma kepada pendeposit yang membuka akaun baharu SSPN-i Plus dalam tempoh kempen.

 

6. Adakah pendeposit perlu membuat permohonan bagi manfaat perlindungan manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19?

Ya. Pendeposit perlu membuat permohonan di Portal Rasmi Hong Leong MSIG Takaful di pautan berikut:

www.hlmtakaful.com.my

 

7. Berapa lamakah tempoh perlindungan diberikan?

Tempoh perlindungan diberikan selama 30 hari bermula dari tarikh terima vaksin sehingga 30 September 2021 atau mana-mana tarikh yang awal atau sehingga dana RM300,000 telah habis digunakan.

Contoh :

8. Adakah pendeposit yang membuka akaun dan menerima vaksin di luar tempoh kempen layak membuat tuntutan manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19?

Tidak layak. Pembukaan akaun baharu hendaklah dibuka dalam tempoh kempen bermula 30 Mei 2021 hingga 31 Ogos 2021.

 

9. Adakah pendeposit yang membuka akaun baharu dalam tempoh kempen tetapi telah menerima vaksin di luar tempoh kempen layak membuat tuntutan manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19?

Layak sekiranya vaksin diterima dalam tempoh perlindungan sehingga 30 September 2021 atau sehingga dana RM300,000 telah habis digunakan.

Contoh :

Pendeposit membuka akaun baharu pada 31 Ogos dan menerima vaksin pada 15 September 2021. Tempoh perlindungan deposit hanya 15 hari sahaja bermula 15 September hingga 30 September sahaja.

 

10. Adakah tempoh menunggu diperlukan untuk mendapatkan manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19?

Tiada tempoh menunggu diperlukan untuk mendapatkan perlindungan tambahan ini.

 

11. Adakah terdapat had pada jenis vaksin yang layak menerima manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19?

Tidak. Semua jenis vaksin COVID-19 yang telah diluluskan oleh kerajaan Malaysia adalah layak menerima manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19.

 

12. Adakah terdapat tempoh tuntutan ke atas manfaat perlindungan pasca vaksinasi COVID-19?

Tiada tempoh tuntutan ditetapkan. Pertimbangan akan diberikan bergantung kepada tuntutan terawal diterima terhad sehingga RM300,000 dana yang diperuntukkan

 

Semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan terkini sehingga 18 Jun 2021. Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

  • Pusat Panggilan (Careline) di talian 03 2193 3000.
  • Live chat di Portal PTPTN (www.ptptn.gov.my)
  • Mengemukakan pertanyaan di pautan eAduanPTPTN.

 

Bagi yang ingin mendapatkan info lengkap berkaitan pinjaman PTPTN, boleh klik info pinjaman PTPTN, permohonan PTPTN, panduan permohonan PTPTN, Wang Pendahuluan PTPTN, bayaran balik pinjaman PTPTN, cara bayar balik pinjaman PTPTN dan perbandingan pinjaman PTPTN dengan pinjaman lain seperti pinjaman kerajaan negeri, pinjaman maybank, pinjaman bank rakyat.

 

Semoga perkongsian ini membantu!

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail