Cara Semak Semula Keputusan SPM Jika Kurang Berpuas Hati

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 26, 2021, 11:15 am

Keputusan SPM akan diumumkan tidak lama lagi, boleh KLIK DISINI untuk semak tarikh keputusan SPM diumumkan. Selepas memperolehi keputusan memang akan banyak drama, dan kurang berpuas hati dengan keputusan yang diterima. Oleh itu, kami kongsikan cara bagaimana anda boleh semak semula keputusan. Berikut adalah info semakan semula keputusan peperiksaan SPM.

 

 

  • Permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

  • Permohonan perlu disertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) tidak akan diproses.

  • Kadar bayaran proses penyemakan semula keputusan peperiksaan adalah RM100.00 bagi setiap mata pelajaran.

  • Kaedah bayaran:
    • Permohonan melalui pos: Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir (Cek persendirian tidak diterima)
    • Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan: Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima (Cek persendirian tidak diterima)

  • Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, WangPos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “SEMAKSEMULA SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 8, Blok E11

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit Menengah Atas)

  • Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM tidak akan diproses.

  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

 

  • Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-88843175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel [email protected]

 

Jadi berbaloi ke bila anda semak semula keputusan peperiksaan dengan bayaran rm100 bagi setiap subjek. Suka juga diingatkan, kemungkinan hasil semakan akan menyebabkan risiko markah anda lebih rendah dari sebelumnya atau masih sama. Jadi, fikirlah sebaiknya sebelum membuat semakan sebab kadang kala takut guru yang menyemak tidak jujur kerana mereka pun manusia. Ada rasa sakit hati kerana perlu markah yang diberi dipertikaikan dan perlu menyemak semula kertas anda. Jadi fikirlah sebaiknya. Semoga berjaya!.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail