Kenapa Bidang Berkaitan Teknologi Maklumat (IT) Tawarkan Gaji Lumayan?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 02, 2019, 12:21 pm

Berikutan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia, kami di Afterschool.my terpanggil untuk menjalankan kajian berkaitan peluang pekerjaan dan tangga gaji yang ditawarkan oleh majikan di Malaysia. Kajian telah dibuat di laman carian kerja popular, Jobstreet.com.

 

 

Hasil kajian, setiap hari ada sahaja peluang pekerjaan baru yang ditawarkan malah tangga gaji juga boleh dikatakan cukup lumayan berbanding bidang-bidang lain. Kenapa tangga gaji dalam bidang IT ini lebih baik?. Tidak lain tidak bukan, disebabkan oleh permintaan tinggi dalam kalangan syarikat untuk mengaji individu yang memiliki kemahiran IT. Maklum sahajalah, majoriti syarikat sudah pun beralih ke arah penggunaan teknologi dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan masing-masing. Jika masih menggunakan strategi lama melalui pemasaran tradisional, perniagaan mereka takkan bertahan lama. Jadi, kepakaran IT sememangnya diperlukan untuk memastikan pemasaran yang dilakukan lebih berkesan. Berikut kami kongsikan jumlah keseluruhan kerja kosong yang ditawarkan dibawah bidang ini. 

 

 

Banyak kan?. Berikut pula dikongsikan tangga gaji yang ditawarkan oleh majikan. Untuk keseluruhan tangga gaji dan senarai jawatan yang ditawarkan, anda boleh klik senarai diatas mengikut senarai bidang IT untuk terus ke laman rasmi permohonan Jobstreet.com.

 

 

 

Sekiranya anda berminat dalam bidang ini, bolehlah mengemukakan permohonan ke beberapa buah universiti awam, politeknik dan IPTS yang menawarkannya. Jangan tidak sambung belajar, untuk dapat ilmu perlu guru dan kalau mudah hendak dapat kerja kena ada kelayakan yang diiktiraf. Baru tangga gaji juga lumayan. Berikut kami kongsikan antara universiti/kolej yang tawarkan kursus pengajian berkaitan IT.

 

 

Untuk keseluruhan kursus pengajian di IPTA atau IPTS, anda boleh menyemaknya di laman web MQA, UPU, IPTS atau Politeknik. Diharapkan perkongsian ini membuka mata anda mengenai kepentingan bidang IT untuk jaminan kerjaya lebih baik di masa hadapan.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail