Afterschool
May 16, 2018
Kepada anda yang mengemukakan permohonan ke kursus pengajian bukan pendidikan yang mempunyai temuduga di semua Universiti Awam (UA). Semakan temuduga UPU boleh mula dibuat hari ini 31 Mei 2021, bermula jam 5pm. Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda tidak berjaya dipanggil ke temuduga, bermaksud permohonan anda untuk kursus berkenaan telah gagal. TETAPI katakan pilihan pertama anda bukanlah kursus pengajian bertemuduga, maka peluang untuk berjaya ditawarkan masih lagi tinggi.
Pihak UPU akan menyaring permohonan anda bermula daripada permohonan pertama. Jika gagal barulah pilihan seterusnya akan disaring. Misal kata anda memohon kursus bertemuduga pada pilihan ke-2 atau ke-3 dan tidak menerima panggilan temuduga, maka saringan kelayakan ke kursus berkenaan tidak akan dikira lagi. Pihak UPU akan skip terus ke pilihan ke-4 sekiranya gagal dalam pilihan pertama (kursus tiada temuduga). Diharapkan anda jelas dengan penerangan kami.
Untuk anda yang ingin membuat semakan, sila klik pada pautan berikut mengikut senarai universiti. Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi universiti yang berkenaan.
SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA LEPASAN SPM/SETARAF
Bagi korang yang memohon ke kursus pengajian temuduga, semakan boleh dibuat mulai 3 Mei 2021. Berikut kami kongsikan link semakan bagi semua IPTA yang menawarkan kursus pengajian bertemuduga untuk lepasan SPM
SEMAKAN TEMUDUGA LEPASAN STPM/SETARAF (PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH)
Bagi lepasan STPM/setaraf boleh buat semakan mulai 31 Mei 2021 Jam 5pm. Link semakan mengikut universiti adalah seperti senarai berikut :
Untuk tip lain berkaitan temuduga sebagai persediaan anda kelak, rujuk artikel perkongsian dibawah :
Untuk makluman anda juga, proses temu duga/ ujian bagi Lepasan SPM akan dilakukan pada April 2021 hingga Jun 2021 manakala proses temu duga/ ujian bagi Lepasan STPM/Setaraf akan dilakukan pada Mei 2021 hingga Ogos 2020.
ARTIKEL BERKAITAN
SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!.
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.