Punca Gagal dalam Permohonan Rayuan UPU & Pemilihan Pemohon untuk Rayuan Fasa 2

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 10:28 am

Ramai tertanya apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU online walaupun anda telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti? Rujuk gambar yang dikongsikan oleh UPU online punca sebenar pemohon bakal gagal dalam permohonan.

 

 

Untuk pengetahuan anda juga, UPU online hanya mengendalikan sahaja urusan permohonan pelajar tetapi yang menentukan pelajar berjaya dalam permohonan atau sebaliknya adalah tertakluk sepenuhnya kepada universiti yang dipohon terutamanya bagi lepasan STPM/setaraf. Terdapat kuota jumlah tempat yang diletakkan oleh pihak universiti bagi semua kursus pengajian mengikut lepasan sama ada STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi dan lepasan yang lain. Itu hakikat yang semua pemohon tidak boleh elak dan bergantung kepada rezeki masing-masing. 

 

Sekiranya anda gagal dalam permohonan UPU ONLINE yang pertama, peluang masih dibuka untuk membuat permohonan RAYUAN FASA 1. Hanya 4 kursus yang boleh dipilih berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat. Misal kata anda masih gagal dalam permohonan rayuan FASA 1, anda masih berpeluang mengemukakan permohonan rayuan di fasa 2. 

 

Rayuan fasa 2 ini adalah automatik dan anda tidak perlu membuat sebarang kemaskini. Hanya kursus yang masih ada kekosongan dan memenuhi syarat kelayakan sahaja akan ditawarkan. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan bagi kursus yang masih ada kekosongan sama ada semasa rayuan fasa 1 atau 2, maka peluang untuk memohon rayuan sudah tertutup. Jadi, jangan hairan jika tiada sebarang senarai kursus yang boleh dipilih atau hanya 1 atau 2 sahaja kursus yang tersenarai dalam senarai pilihan semasa RAYUAN FASA 1 kelak. Perkara itu terjadi kerana anda tidak memenuhi syarat kelayakan bagi kursus yang masih ada kekosongan. Jelas?

 

Untuk makluman anda juga, bagi pemohon yang berjaya dalam rayuan Fasa 1, anda akan masuk mendaftar bersama-sama dengan ambilan UPU  pertama nanti. Untuk yang berjaya dalam ambilan fasa 2 pula, anda akan diminta melaporkan diri selang 1-2 minggu selepas tarikh pendaftaran pertama

 

Sebelum anda meneruskan niat untuk membuat rayuan UPUONLINE, kami ingin tanyakan satu soalan, adakah anda sanggup sambung belajar ke kursus pengajian yang tidak diminati selain tidak mempunyai potensi kerja asalkan dapat belajar di IPTA? Suka diingatkan, pemilihan kursus pengajian sangatlah penting berbanding institusi kerana ianya akan mencorak masa depan kerjaya anda kelak. Jangankan sebab hendak masuk belajar ke IPTA, anda sanggup kuburkan kerjaya impian.

 

Kenapa tidak anda mohon sahaja ke IPTS ?. Banyak IPTS yang tawarkan kursus pengajian yang sama kualitinya di IPTA dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).  Syarat kelayakan masuk juga tidaklah tinggi seperti mana yang diletakkan oleh IPTA. Jika yuran pengajian yang dirisaukan, terdapat banyak pilihan biasiswa dan bantuan kewangan yang disediakan. Tidak perlu keputusan cemerlang untuk memohon, cukup dengan memenuhi syarat kelayakan masuk ke IPTS berkenaan dan sepanjang pengajian anda hanya perlu kekalkan PNGK pointer 3.00 dan keatas.

 

Misal kata anda tidak ditawarkan biasiswa dan membuat pinjaman PTPTN. Jangan risau pinjaman PTPTN tersebut akan bertukar kepada biasiswa jika anda berjaya tamat pengajian dengan kelas pertama walaupun anda melanjutkan pengajian di IPTS. Jadi, kenapa perlu risau, walau semahal mana pun kos pengajian anda nanti, semuanya akan ditukar menjadi biasiswa. Anda boleh menyemak jumlah pinjaman dan info lain berkaitan pinjaman PTPTN

 

Untuk anda yang kurang pasti IPTS terbaik yang tawarkan kursus pengajian yang anda minati boleh berhubung dengan kaunselor pendidikan yang memberi nasihat secara PERCUMA sahaja. Boleh set appointment bersama kaunselor untuk berhubung dan bertanyakan sebarang kemusykilan dan sebagainya. Anda juga boleh menyemak tip memilih IPTS terbaik antaranya dari segi kursus pengajian, pengiktirafan, potensi kerja dan banyak lagi. Anda juga boleh menyemak senarai IPTS berserta kursus pengajian, yuran pengajian, tempoh pengajian dan lain-lain info penting yang berguna sebagai panduan. 

 

Akhir kata fikirlah sebaiknya sebelum buat keputusan. Jangan menyesal kemudian hari. Ingat tempoh pengajian di universiti hanya 3-4 tahun sahaja sedangkan sijil akademik nanti akan diusung seumur hidup untuk mendapatkan kerja. Semoga berjaya kami ucapkan!. Rujuk juga pautan berkaitan dibawah sekiranya anda gagal atau berjaya nanti. Info yang kami kongsikan berguna untuk anda.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail