Semakan Panggilan Temuduga Program Khas JPA-MARA

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 29, 2020, 07:00 pm

Kepada anda yang memohon ke program khas JPA-MARA, semakan panggilan temuduga untuk program JPA-MARA sudah pun dibuka. Sekadar perkongsian, tawaran ini terbuka kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2020.

 

Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 merupakan penajaan kepada 1,035 pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di dalam dan luar negara iaitu di negara Jepun, New Zealand, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam bidang Kejuruteraan, Sains & Teknologi (S&T) dan Sains Sosial.

 

 

Untuk menyemak panggilan temuduga, boleh terus ke laman rasmi semakan: http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/ekeputusan/index.php?program=MARA. Selain  itu, suka juga kami hendak kongsikan artikel berkaitan dibawah sebagai persediaan kelak. 

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail