logo
logo

    Courses

    Institutions

Keputusan STPM 2020 Diumumkan 1 Julai Ini - Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

Afterschool

Afterschool

June 28, 2021





Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 akan diumumkan pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12:00 tengah hari. 

 

 

Calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta/persendirian individu boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing melalui kaedah yang berikut: 

 

  • (a) Semakan keputusan peperiksaan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK pada 1 Julai 2021 (Khamis) mulai jam 12:00 tengah hari
  • (b) Perkhidmatan SMS ringkasan keputusan dengan menaip STPMNo. K/PAngka Giliran dan hantar ke 68886 pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi sehingga 9 Julai 2021 (Jumaat) jam 12:00 tengah hari
  • (c) Keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11:00 pagi (bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM)
  • (d) Bagi calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta/ persendirian individu yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah akan mengenalpasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan. 

 

Selain itu, anda boleh menyemak info dan panduan berkaitan dibawah selepas keputusan STPM diumumkan kelak. Semoga berjaya!

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background