Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 05:46 pm
Salah satu syarat bagi majoriti pelajar sebelum menamatkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah adalah dengan menjalani Latihan Industri (LI). LI dikenali juga sebagai latihan praktikal atau latihan ilmiah. LI bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar sebagai persediaan untuk mereka menghadapi cabaran dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Namun persoalannya, adakah mereka benar-benar merasai cabaran itu?. Manakah tempat terbaik untuk menjalani LI, kerajaan ataupun swasta?.
Berdasarkan pemerhatian kami, ramai pelajar yang memilih untuk menjalani LI dibawah kerajaan. Mungkin mereka beranggapan bahawa praktikal di kerajaan berpeluang untuk diserap masuk. Tinggi betul angan-angan itu ye. Tahukah anda bahawa LI di swasta itu lebih baik berbanding kerajaan?. Kenapa?. Berikut kami kongsikan sebabnya!
Di swasta, pelajar akan diberi gaji manakala kerajaan dalam bentuk elaun. Gaji diberi setiap bulan dan elaun diberi setiap bulan atau setelah tamat LI (kebiasaanya setelah tamat LI). Makluman terkini yang diterima, organisasi di bawah kerajaan tidak lagi memperuntukkan elaun kepada pelajar. Ini bermaksud, pelajar perlu menanggung sendiri elaun sara hidup sepanjang tempoh LI. Jika di swasta, pelajar diberikan gaji setiap bulan!.
Organisasi swasta tidak akan sesekali membazirkan wang mereka tanpa memberikan anda apa-apa tugasan termasuklah tugasan yang mencabar. Dari situ, cabaran sebenar dunia pekerjaan akan dilalui. Cabaran itu tidak kira sama ada menjurus kepada bidang pengajian atau sebaliknya. Apa yang diajar di universiti, sangatlah jauh berbeza!. Pendedahan itu akan meningkatkan pengetahuan sekaligus kelebihan. Sekiranya anda tamat LI dan ingin bekerja dalam bidang yang sama, majikan pasti tertarik dengan anda atau jika anda beruntung terus ditawarkan bekerja disitu selepas tamat LI!.
Jika di kerajaan, tugasan yang mudah-mudah sahaja akan diberikan dan kadang kala tidak berkaitan langsung dengan bidang pengajian. Walau bagaimanapun, kami tidak katakan semua organisasi kerajaan akan melayan anda begitu tetapi kebanyakkannya ya. Langkah terbaik jika ingin menjalani LI di kerajaan, anda boleh bertanya kepada senior yang sudah atau sedang jalani LI. Jika maklum balas mereka terhadap organisasi itu bagus, bolehlah pertimbangkan untuk jalani LI disitu.
Di swasta mudah sahaja, jika anda menunjukkan prestasi yang baik sepanjang LI, peluang yang tinggi untuk terus ditawarkan bekerja disitu. Jadi peluang yang sangat tinggi juga untuk dapat pekerjaan tetap!. Ini kerana tempoh LI anda itu sudah dikira sebagai tempoh percubaan sebelum ditawarkan ke jawatan tetap. Manakala di kerajaan, ianya mustahil untuk ditawarkan ke jawatan tetap. Jika anda ditawarkan bekerja sekalipun, hanyalah jawatan kontrak dan tempohnya lebih kurang 6 bulan bergantung kepada insitusi berkenaan. Sebab itulah, jika anda perasan, majoriti pelajar yang pratikal di swasta senang sahaja dapat pekerjaan. Jadi fikir sebaiknya!.
Di swasta majoriti syarikat bertutur dalam Bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda masing-masing sepertimana organisasi kerajaan. Sekiranya anda ingin mendapat tawaran pekerjaan dengan mudah dan gaji yang lumayan selepas tamat pengajian nanti, pastikan penguasaan bahasa inggeris anda di tahap yang baik. Jika kurang baik, melalui LI inilah masanya untuk anda tingkatkan kemahiran bahasa utama dunia itu.
Kini banyak sahaja syarikat-syarikat besar yang menawarkan LI ini antaranya MAXIS, SIME DARBY, CIMB Bank, ASTRO , MAYBANK , GAMUDA , TELEKOM MALAYSIA, HONG LEONG BANK dan banyak lagi. Penuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, hadir temuduga dan tunjukkan prestasi terbaik sepanjang latihan.
Adakah anda rasa bahawa jalani LI di swasta lebih berbaloi?. Fikir sebaiknya untuk jaminan laluan kerjaya yang lebih baik di masa hadapan!.
Perlukan
bantuan?