Afterschool
October 4, 2021
Habis sahaja SPM memang banyak laluan pra universiti yang akan membuatkan korang dilema untuk memilih laluan yang terbaik, matrikulasi, STPM, diploma UA atau politeknik, IPG atau pilih ke IPTS jika gagal ditawarkan ke program pengajian bukan pilihan. Jadi menerusi artikel ini kami hendak kongsikan mengenai matrikulasi 1 tahun dan 2 tahun, mana yang lebih baik dan apa kelemahan dan kelebihan kedua-duanya.
Sebelum perkongsian mengenai kelebihan dan kelemahan, tentu korang nak sangat tahu kenapa korang ditawarkan Program Satu Tahun (PST) atau Program Dua Tahun (PDT). Salah satu sebab utamanya adalah keputusan akademik korang terutamanya subjek matematik tambahan (ADD MATH) kurang memuaskan. Jadi pihak matrikulasi memberi peluang untuk korang masuk matrikulasi program PDT selama tempoh 2 tahun untuk belajar secara santai seterusnya skor semua subjek dengan cemerlang. Berbanding dengan PST, pelajar kena rushing dan cepat belajar sebab itu ramai juga yang gagal dalam pengajian.
Kelebihan dan Kelemahan PST 1 Tahun
Kelebihan dan Kelemahan PDT 2 Tahun
Akhir kata, apa pun program yang ditawarkan pemilihan modul sangatlah penting kerana modul akan menentukan ke mana hala tuju korang selepas tamat matrikulasi. Program pengajian apa yang layak dipohon di peringkat degree nanti. Kalau korang rasa PDT dapat bantu korang skor cemerlang yang mana yang ditawarkan PST boleh tukar ke PDT. Tetapi kalau korang rasa mampu untuk ambil PST teruskan dan fokus kepada pembelajaran korang. Semoga berjaya!
ARTIKEL BERKAITAN
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.