Kesilapan yang Sering Dilakukan Pemohon Semasa Permohonan Second Intake Universiti Awam

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 04, 2021, 08:50 am

Permohonan second intake merupakan peluang kedua kepada pemohon yang sebelum ini gagal dalam permohonan UPU online atau tidak sempat memohon kerana belum memperolehi keputusan biasanya lepasan diploma atau tidak sempat mengambil MUET dan sebagainya. 

 

Tetapi sayangnya jika peluang ini di sia-siakan. Jadi, menerusi artikel ini kami kongsikan kesilapan yang sering  dilakukan oleh pemohon dan WAJIB DIELAK jika hendak berjaya dalam permohonan. 

 

Tidak memenuhi syarat am dan khas program pengajian yang diletakkan oleh universiti

Sudah tahu tidak memenuhi syarat kelayakan masih degil memohon kononnya cuba nasib. MAAF YA, keputusannya tetap sama, pihak universiti akan terus menolak permohonan tanpa pertimbangan. Syarat yang diletakkan tersebut wajib kerana jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan sukar untuk belajar dalam program berkenaan. Jadi, jangan mimpi disiang hari. Keputusannya tetap GAGAL, sama seperti PUNCA GAGAL DALAM PERMOHONAN UPU ONLINE

 

Markah merit yang rendah iaitu kelayakan hanya cukup-cukup makan sahaja

Markah merit yang rendah juga punca gagal dalam permohonan. Bukan anda sahaja yang memohon second intake, jadi jika anda bandingkan kelayakan anda dan syarat yang diletakkan sekadar cukup-cukup makan, lupakan sahaja atau letak di pilihan yang terakhir. Ini kerana pemohon dengan markah merit yang tinggi akan berjaya ditawarkan berbanding anda melainkan tak banyak pemohon yang memohon ke program pengajian berkenaan.

 

Mohon ke top universiti yang mempunyai banyak saingan

Antara universiti yang membuka permohonan second intake seperti UPSI, UiTM, UM dan saingan untuk merebut tempat sangatlah sengit selain kuota tempat yang ditawarkan juga terhad. Jadi, sebaiknya mohon ke universiti yang kurang popular tetapi dalam program pengajian yang ada potensi kerja. Kami yakin anda akan berjaya dalam permohonan.

 

Mohon ke program pengajian popular yang banyak saingan

Ini juga antara sebab gagal dalam permohonan, anda kena pastikan program pengaijian tersebut tidaklah begitu popular tetapi tetap mempunyai potensi kerja. Atau mohon program pengajian berkenaan di universiti yang kurang popular.

 

Tidak melengkapkan maklumat permohonan

Kesalahan yang dianggap remeh tetapi sering dilakukan. Pastikan anda isi maklumat permohonan dan jangan lupa klik simpan/save. Semak satu persatu sebelum menghantar permohonan. Pastikan lengkap kerana sistem ini bukan manusia, kalau ada maklumat yang tidak diisi lengkap sistem akan reject permohonan atau mudahnya batalkan permohonan anda.

 

Akhir kata, rancanglah strategi yang tepat sebelum membuat permohonan, baca tips yang dikongsikan, pastikan pemilihan program pengajian dan universiti yang betul. Kami yakin anda akan berjaya dalam permohonan. Semoga berjaya!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail