Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 03, 2018, 07:53 am
Kalau anda masih tercari-cari peluang pekerjaan yang luas disamping gaji lumayan, anda perlu tahu bahawa bidang penerbangan adalah salah satu bidang terbaik untuk memulakan kerjaya.
Menurut syarikat pembuatan kapal terbang terkenal Amerika Syarikat iaitu Boeing yang hampir 70% syarikat penerbangan dunia menggunakan model berkenaan berkata, syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik ini bakal mengaji lebih ramai pekerja baru mencecah ribuan orang bagi melancarkan operasi syarikat penerbangan mereka dalam tempoh 2 dekad yang akan datang.
Kenyataan ini dikeluarkan berdasarkan kepada jumlah tempahan kapal terbang yang diterima oleh syarikat Boeing berkenaan dari syarikat-syarikat penerbangan di rantau Asia seperti Air Asia, Firefly, Malindo Air. Perkembangan semasa juga turut menunjukkan semakin ramai yang menjadikan kapal terbang sebagai pengangkutan utama sekaligus peningkatan jumlah penumpang pesawat setiap hari.
Laporan terbaru dari Boeing memaparkan 240,000 juruterbang, 242,000 juruteknik dan 317,000 krew penerbangan diperlukan menjelang tahun 2037. Negara China diramalkan memerlukan 800,000 pekerja baru diikuti dengan Asia Tenggara dan Asia Selatan. Permintaan yang tinggi ini membuktikan bahawa, industri penerbangan ini menjanjikan peluang pekerjaan yang luas dengan tawaran gaji yang lumayan pada masa kini dan hadapan.
Persoalannya sekarang, bagaimana hendak bekerja dalam industri ini?. Bolehkah dengan hanya pergi memohon tanpa sebarang pengalaman dan kemahiran?. Untuk bekerja dalam jawatan yang biasa, tentunya mudah tetapi gaji yang diperolehi tidaklah lumayan.
Jadi untuk bekerja dan memperolehi gaji yang tinggi, anda tidak ada pilihan lain melainkan perlu ada kemahiran dan kelayakan. Dimana anda boleh sambung belajar untuk mendapatkan kemahiran dan kelayakan tersebut?. Salah satunya adalah di Kolej Penerbangan Admal yang terletak di Sepang, Selangor.
Kolej penerbangan ini menawarkan kursus dan lesen personel dalam bidang penerbangan yang diluluskan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA), antaranya adalah Diploma Penerbangan Perniagaan, Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang dengan Lesen CAT A1 Aeroplanes Turbine (Juruteknik penyelenggaraan pesawat), Kursus Lesen CAT B1.1 Aeroplanes Turbine (Jurutera penyelenggaraan pesawat- mekanikal) dan Lesen CAT B2 Avionics (Jurutera penyelenggaran pesawat - Avionics).
Kami yakin ramai yang mesti tertanya perbezaan setiap kursus, syarat kelayakan, tempoh pengajian dan kerjaya apa yang boleh dipohon kelak. Jangan risau, kami akan kongsikan dalam artikel yang seterusnya. Anda boleh KLIK DISINI untuk semak syarat kelayakan dan sebagainya. Untuk anda yang tak sabar hendak buat permohonan terus, boleh KLIK DISINI untuk buat permohonan. Kemudian klik seperti gambar dibawah.
Nasihat kami pilihlah bidang pengajian dalam industri yang menawarkan peluang pekerjaan yang luas, anda perlu membuat pilihan yang bijak. Tidak semestinya jika ke Universiti Awam (UA) sahaja anda akan memperolehi pekerjaan. Anda sendiri tahu, beribu-ribu graduan yang tamat pengajian tetapi masih menganggur dan bekerja dalam bidang yang berbeza. Buat pilihan yang bijak sementara masih ada kesempatan. Semoga berjaya!.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?