Berminat Kerja dalam Industri Penerbangan, Kursus Apa yang Korang Patut Belajar?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 03:40 am

799,000 pekerja baru diperlukan dalam bidang penerbangan. Persoalannya sekarang, macam mana cara hendak kerja dalam bidang ni?. Mudah saja, anda boleh mengambil kursus berkaitan bidang penerbangan. Tak perlu belajar kursus dalam bidang lain, terus sahaja ke bidang ini. 

 

 

Sekiranya anda ingin memohon melanjutkan pengajian dalam bidang ini, anda boleh sambung belajar di Kolej Penerbangan Admal. Program pengajian mereka semuanya diiktiraf oleh CAAM. Siapa tu CAAM?. CAAM dulu dikenali sebagai DCA, tapi sekarang sudah ditukar nama kepada CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia). CAAM ni lah yang meluluskan semua kursus pengajian dan lesen berkaitan penerbangan.

Admal ada tawarkan 2 program pengajian diploma dan 3 lesen personel penerbangan. Untuk lebih memudahkan, kami terangkan satu persatu berkaitan program pengajian, skop pekerjaan, syarat kelayakan dan bulan pengambilan.

 

 

Diploma Penerbangan Perniagaan

Tempoh pengajian akan mengambil masa selama 3 tahun, kelayakan 3 kredit sahaja dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Menariknya diploma ini berbanding di kolej yang lain, anda boleh bekerja dalam pelbagai jawatan selepas tamat pengajian antaranya :

  • Cabin Crew
  • Airline Marketing
  • Airline Ticketing
  • Aviation Finance
  • Airport Management
  • Air Traffic Control
  • Crew Control Management
  • Fly Operation
  • Airport Retailing
  • Aviation Safety and Security
  • Logistic and Warehousing
  • Ground Handling

 

 

 

Semua cabang kerja boleh, menarik kan?. Kalau anda berminat, permohonan sedang dibuka sekarang untuk kemasukan bulan Mac tahun depan. Kalau berminat hendak mohon, boleh terus KLIK DISINI

 

Diploma Teknologi Penyelenggaraan Kapal Terbang dengan Lesen CAT A1 

Diploma ni sesuai untuk anda yang sukakan benda berkaitan kemahiran. Anda akan bertanggungjawab menyelenggara pesawat dan pastikan berada dalam keadaan yang baik sebelum boleh diterbangkan. Semua bahagian pesawat, korang akan teroka. 

 

 

Diploma ni ditawarkan sekali dengan lesen personel CAT A1. Lesen ni adalah lesen personel juruteknik turbine yang boleh digunakan sampai bila-bila. Tak ada tarikh luput.  Apa benda turbine ni?. Turbine ni, bilah kipas kapal terbang yang jana elektrik bila ianya berfungsi. Contoh macam kincir angin yang hasilkan tenaga elektrik. Kalau tak ada turbine ini, pesawat tak boleh terbang. Tengok jelah gambar dekat atas, tu la turbine. Dengan lesen ini, anda boleh jadi juruteknik penyelenggaraan pesawat. Pendek kata, anda akan tahu bagaimana kapal terbang ni berfungsi. Kalau berminat jangan lupa mohon sebab bidang pekerjaan sangat best. Anda boleh mohon kerja sebagai :

  • Licenced Aircraft Engineer
  • Line Maintenance Engineer
  • Aircraft Loads Master
  • Hangar Foreman
  • Aircraft Powerplant Engineer
  • Flight Test Engineer
  • Chief Engineer
  • Engineering Manager

 

Tempoh pengajian 3 tahun 6 bulan, syarat kelayakan pun sangat rendah. Hanya perlukan SPM 3 kredit Bahasa Melayu, Matematik, Sains/subjek teknikal lain dan lulus Bahasa Inggeris. Kemasukan bulan Januari dan Julai setiap tahun. Sekarang permohonan sedang dibuka untuk kemasukan Januari. Berminat?. KLIK DISINI untuk terus memohon.

 

Kursus Lesen CAT B1.1 Aeroplanes Turbine (Jurutera penyelenggaraan pesawat- mekanikal)

Selain program diploma, Kolej Admal pun tawarkan lesen salah satunya adalah lesen penyelenggaraan pesawat. Tempoh pengajian untuk dapat lesen ni 4 tahun. Syarat kelayakan, SPM 3 kredit dalam Bahasa Inggeris, Matematik, Sains/Subjek teknikal lain. Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah. Syarat kelayakan pun rendah. Come on!. sure anda akan lepas punya. Tak perlu kelayakan tinggi pun. Lepas SPM boleh mohon. Kalau yang dah ada degree, diploma pun boleh mohon. Belum terlambat lagi untuk dapatkan lesen ni dan kalau nak ubah taraf kehidupan sekarang

 

 

Apa yang anda akan belajar menerusi kursus ni adalah spesifik kepada penyelenggaraan pesawat di bahagian turbine. Apa tu turbine, kami dah terangkan diatas. Cuma skop tugasan di atas lebih kepada jawatan juruteknik tetapi lesen CAT B1.1 ni bakal menawarkan korang jawatan lebih tinggi iaitu jurutera. Jurutera lagi tinggi jawatannya dari juruteknik dan anda akan belajar dengan lebih mendalam. Tangga gaji permulaan bagi engineer mencecah 5 ribu. Kalau dah ada pengalaman 3 tahun ke atas, boleh capai ke 15 ribu sebulan. Kalau berminat nak mohon boleh KLIK DISINI. 

 

Lesen CAT B2 Avionics (Jurutera penyelenggaran pesawat - Avionics).

Untuk lesen CAT B2 ni pula sama sahaja iaitu lesen untuk jadi jurutera. Cumanya lesen ni lebih kepada penyelenggaraan pesawat spesifik kepada avionics. Apa benda avionics ni?. Avionics lebih kepada penyelenggaraan sistem elektronik yang digunakan dalam pesawat contohnya lihat gambar dibawah :

 

 

 

 

Awesome kan kalau anda boleh belajar bab pesawat, alatan elektronik yang diaorang guna. Siapa yang cipta. Perghh power habis la. Jadi cakap banyak pun tak guna, kepada anda yang sedang dalam pengajian atau dah habis belajar tak dapat kerja lagi bolehlah cuba mohon ambil lesen ni. Kalau anda masih bersekolah lagi dan berminat dalam bidang penerbangan ni, pastikan skor untuk subjek yang dinyatakan. Tahun depan boleh mohon. Anda yang nak mohon sekarang, boleh KLIK DISINI untuk terus buat permohonan. Semoga berjaya!. 

 

 

Artikel berkaitan

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail