logo
logo

    Courses

    Institutions

Gagal Permohonan Rayuan UPU Fasa 2, Apa Perlu Buat?

Afterschool

Afterschool

October 21, 2020





Ramai tertanya apakah punca pemohon gagal dalam permohonan UPU Online walaupun anda telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh universiti? Rujuk gambar yang dikongsikan oleh UPU Online punca sebenar pemohon gagal dalam permohonan UPUONLINE. 

 

 

Untuk pengetahuan anda juga, UPU Online hanya mengendalikan sahaja urusan permohonan pelajar tetapi yang menentukan pelajar berjaya dalam permohonan atau sebaliknya adalah tertakluk sepenuhnya kepada universiti berkenaan terutamanya bagi lepasan STPM/setaraf. Terdapat kuota jumlah tempat yang diletakkan oleh pihak universiti bagi semua kursus pengajian mengikut lepasan sama ada STPM, Matrikulasi, Diploma, Asasi dan lepasan yang lain. Itu hakikat yang semua pemohon tidak boleh elak dan bergantung kepada rezeki masing-masing. 

 

Jadi kepada yang gagal jangan terus bersedih, banyak pilihan yang korang boleh pilih. Berikut kami kongsikan senarai artikel yang membuka peluang cerah untuk korang sambung belajar. Belajar di mana pun tak apa asalkan berusaha dan pilih kursus pengajian yang memenuhi keperluan industri. Itu yang penting, kalau universiti saja terbaik tapi kursus pengajian tak ada peluang kerja pun tak guna juga.

 

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background