10, 000 Saintis Sains Data Profesional Diperlukan Menjelang 2020!- Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi & Multimedia

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Dec 07, 2016, 02:19 pm

picture3  

Peluang baik kepada mereka yang menceburi bidang sains data kerana kerajaan telah mengeluarkan kenyataan dan mengugumkan seramai 10,000 orang saintis sains data professional diperlukan menjelang tahun 2020.

 

Sains data bukan merupakan satu bidang yang baharu. Namun kepentingannya sudah mula disedari kerana data yang dimiliki boleh memberi jawapan kepada pelbagai isu dan persoalan yang timbul. Jawapan pada persoalan tersebut dapat membantu ke arah merancang strategi untuk penambahbaikkan atau mengatasi masalah yang berlaku kerana data yang terkumpul boleh di analisis dan akan memberi gambaran sebenar sesuatu senario yang berlaku.

 

Big Data Analytics merujuk kepada data yang diambil dan dianalisis sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Hasil data yang telah dianalisis boleh digunakan untuk merancang atau menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Kepentingan mengenai sains data ini mula mendapat perhatian apabila wujudnya aliran dan hala tuju industri yang dipacu oleh perkembangan teknologi dunia antaranya menerusi media sosial, perubahan peralatan, analisa data dan pengkomputeran awam yang menyediakan pelbagai data penting untuk menyelesaikan masalah selain turut dapat meramal kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan.

  the-malaysian-reserve-mdec-in-talks-with-4-universities-to-offer-data-science-courses-pg-6-22-april   20150422_n60_bor_bz_16_bw_mdec-aims-to-make-malaysia-big-data-analytics-hub-in-asean   data-scientist_n15-070515   sinar-harian-tujuh-universiti-tawar-kursus-sains-data-pg-14-22-april  

Oleh itu, kepentingan ini sudah disedari oleh kerajaan. Menurut YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak, “Kerajaan telah memutuskan untuk mengarahkan agensi pemberian dana biasiswa seperti Jabatan Perkhimatan Awan (JPA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan SKMM untuk menyediakan biasiswa bagi melatih rakyat Malaysia dalam bidang sains data di peringkat pengajian sarjana muda, sarjana (masters) dan doktor falsafah (PhD). Keputusan ini berkuat kuasa serta merta demi untuk meningkatkan bilangan saintis data sekali gus memenuhi keperluan negara”.

  picture2  

“Bagi menjayakan inisiatif ini dan mengurangkan jurang kemahiran, kerajaan akan mempertimbangkan langkah untuk melantik ketua sains data bagi pihak kerajaan dan cadangan akan dikemukakan kepada kabinet dalam masa yang terdekat,” beliau berkata demikian selepas mempromosikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia (MSC) kali ke 26 di bawah Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) di Putrajaya.

 

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, “Seramai 10,000 orang saintis data professional diperlukan menjelang tahun 2020. Kerajaan juga akan berusaha untuk membawa pulang saintis sains data yang berada di luar negara untuk pulang berkhidmat di tanah air. Tindakan itu selaras dengan keperluan saintis data kerana sebelum ini khidmat mereka kurang jelas dalam sistem kerajaan. Kini, kerajaan sudah menyediakan jawatan-jawatan berkaitan pengurusan data,” ujarnya.

  picture1  

Berikutan dengan arahan yang berkuat kuasa serta merta ini, kerajaan dibawah MDEC akan melaksanakan tiga (3) projek berimpak tinggi dalam membangunkan bakat di negara ini. Projek berkenaan adalah penubuhan Institut Data Sains Asia, Institut Data Terbuka Kerajaan dan penubuhan Pusat Inovasi Kecemerlangan bagi melahirkan bakat tempatan dalam bidang sains data di negara ini. Untuk melihat video penuh kenyataan media dari perdana menteri dan  menteri mengenai  sains data ini, sila klik link di  sini.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mailwhatsapp icon