Tip Mudah Cari Top Companies yang Benarkan Pelajar Jalani Internship dari Rumah (WFH)!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 20, 2020, 03:35 am

Musim-musim covid ni memang menjadi masalah bila korang kena jalani latihan internship tapi risau tentang keselamatan ditambah pula kalau tempat internship tu jauh dari rumah. Jadi, menerusi artikel ini kami kongsikan cara mudah untuk kenal pasti syarikat yang benarkan pelajar internship bekerja dari rumah dan ada di antara syarikat berkenaan turut menawarkan elaun kepada pekerja intern mereka. 

 

 

Caranya adalah dengan mengenal pasti website yang kebanyakan top majikan iklankan jawatan kosong internship. Website yang hendak kami kongsikan ini memang lengkap semuanya dan akan memudahkan korang untuk cari tempat intern yang terbaik sesuai dengan bidang pengajian masing-masing iaitu HungryIntern.com.

 

 

Apa kelebihan website Hungryintern.com berbanding website lain. Pertama, melalui website ini korang boleh buat carian mengikut tahap pendidikan, bidang pengajian, sektor, lokasi, saiz company termasuk elaun bulanan yang ditawarkan. Bandingkan dan kalau sesuai dengan kriteria yang dicari boleh terus memohon. Tak perlu dah nak scroll satu persatu. 

 

Kedua, boleh semak dan bandingkan elaun bulanan yang ditawarkan. Kalau korang memang tak kisah dengan elaun sepanjang program internship tu, boleh mohon ke semua jawatan yang mana memenuhi syarat. Tapi alangkah baiknya, kalau syarikat tersebut ada tawarkan elaun. Bolehlah sedikit sebanyak tampung perbelanjaan sepanjang internship. Maklumlah, mana nak bayar rumah sewa, tansport ulang alik tempat kerja, makan dan sebagainya. Dengan elaun tersebut juga, korang boleh kenal pasti sama ada kerja nanti bancuh kopi, kemas office sahaja atau betul-betul kerja. Kalau bagi elaun mesti kena kerja betul-betul kan. Takkan bagi free, mustahil sangat!. Jadi dari situ korang akan dapat pengalaman yang sebenar. 

 

Ketiga, di website tersebut korang boleh semak sama ada majikan ada bagi kelonggaran kerja dari rumah atau sebaliknya. Kalau diberi pilihan dapat elaun atau kerja dari rumah, mana satu jadi pilihan?. Kalau kami, lebih baik kerja dari rumah musim-musim covid ni. Dah boleh jimat banyak perkara. Asalkan siap tugasan yang diberi tetap dapat rasa pengalaman buat kerja. Cuma environment sahaja berbeza. Lagipun kebanyakan majikan beri kebebasan pekerja bekerja dari rumah. Salah sebuah syarikat yang tawarkan kerja dari rumah adalah SkySycho Lab by Intan Legacy. Boleh klik untuk tengok kriteria jawatan kosong intern di link berikut : https://hungryintern.com/job/social-media-intern-2/

 

Keempat, info mengenai syarikat. Di hungryintern.com, korang boleh kenalpasti sama ada syarikat tersebut bagus atau tidak dengan merujuk kepada info penubuhan syarikat dan saiz pekerja. Makin lama tertubuhkan syarikat selain jumlah pekerja, menandakan syarikat tersebut memang betul-betul sudah kukuh dan sudah tentu akan ada kekosongan jawatan yang boleh dipohon atau korang mungkin ditawarkan selepas tamat intern disitu. Itu pun kalau perform lah!. 

 

 Kelima,  paling menarik dan kelainan website ni daripada website cari kerja yang lain, korang akan ada peluang yang tinggi untuk dihubungi oleh syarikat-syarikat tersebut untuk ditawarkan internship walaupun korang tak memohon pun. Ini kerana, syarikat-syarikat tersebut boleh juga buat carian melalui list of candidates account. Jadi, pastikan korang create akaun, isi maklumat diri, upload resume dan gambar di website berkenaan. Pastikan semua lengkap supaya dapat menarik perhatian majikan daripada syarikat-syarikat besar.

 

 

 

Keenam, majikan termasuk anda akan terima email notifikasi setiap kali ada pendaftaran pelajar, permohonan atau jawatan baru yang bersesuaian dengan kriteria jawatan kosong dan kelayakan pelajar. Dua-dua pihak akan terima emel notifikasi. Jadi, korang pun tak terlepas info jawatan baru, sama juga majikan tak terlepas pandang jika ada pelajar yang bagus memohon ke jawatan yang diiklankan. 

 

Jadi, nasihat kami kalau korang pelajar, daftar akaun dan isi maklumat diri selengkapnya untuk tingkatkan peluang bekerja di syarikat besar. Suka diingatkan, internship inilah permulaan korang untuk mencari lubuk-lubuk pekerjaan, networking selain pengalaman dan kemahiran sepanjang internship. Kalau nak dapat kerja yang bagus sesuai dengan bidang, internship inilah permulaannya. Semoga berjaya!. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail