UKM Buka Pengambilan Dalaman Dibawah International Degree Program untuk Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 25, 2019, 03:33 pm

Keputusan UPU untuk peringkat pengajian degree akan diumumkan pada 31 Julai ini, apa yang boleh kami rangkumkan terdapat 3 kategori pelajar yang akan wujud, pertama gembira dengan kursus yang ditawarkan. Kedua, mendapat tawaran tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Ketiga, paling menyedihkan iaitu tidak ditawarkan langsung ke mana-mana 12 kursus pilihan dalam permohonan UPU malah kemungkinan akan turut gagal dalam permohonan rayuan. Kalau anda termasuk dalam kategori kedua dan ketiga, apakah halatuju anda?. Buntu bukan?. Jangan risau kami anda berita baik untuk anda.

 

 

Berita baiknya, pada tahun ini UKM membuka permohonan pengambilan pelajar secara langsung (direct intake) dibawah UKM INTERNATIONAL BACHELOR DEGREE PROGRAM. Apa bezanya program ini dengan program pengajian UKM yang ditawarkan dibawah UPU?. Secara keseluruhannya, tiada perbezaan kerana dibawah direct intake ini pelajar turut memperolehi kelebihan sama seperti pelajar UKM lain malah syarat kelayakan masuk adalah lebih rendah berbanding pemohon yang memohon melalui UPU. Berikut kami kongsikan antara kelebihan yang bakal diperolehi sekiranya anda berjaya ditawarkan kelak. 

 

 

  • Berpeluang menjalani Summer Program atau Program Pertukaran Pelajar (Mobiliti Program) selama sebulan di beberapa buah universiti luar negara yang menjalinkan kerjasama pendidikan dengan UKM iaitu universiti yang terletak di Jepun, Korea, Indonesia, Vietnam, China, Mexico, Jerman dan Amerika Syarikat

  • Berinteraksi dengan pelajar-pelajar antarabangsa lain daripada seluruh dunia sekaligus dapat meningkatkan kemahiran komunikasi/pertukaran bahasa, budaya dan sebagainya. Ini menjadi kelebihan kepada pelajar selepas menamatkan pengajian kelak dan menarik perhatian majikan daripada syarikat-syarikat multinasional dalam dan luar negara

  • Syarat kelayakan yang lebih rendah berbanding syarat kelayakan yang diletakkan oleh UKM bagi permohonan melalui UPU

  • Kursus yang diikuti diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sama seperti pelajar UKM lain yang mendaftar dibawah tiket UPU

  • Semua kursus yang ditawarkan seiring dengan permintaan industri semasa dan akan datang

 

Untuk pengetahuan anda, keseluruhan kursus pengajian yang ditawarkan adalah 72 kursus ijazah sarjana muda dibawah 12 buah fakulti UKM. Seperti mana yang dimaklumkan, semua kursus yang ditawarkan adalah berdasarkan kepada keperluan pasaran kerja semasa. 

 

 

SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN

 

Adakah anda berminat dengan kursus yang ditawarkan?. Jika ya, sila KLIK DISINI untuk semak senarai kursus dan syarat kelayakan yang diletakkan. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, buatlah permohonan segera sebelum tempat yang disediakan penuh. Kepada anda yang ingin mengemukakan permohonan, boleh terus KLIK DISINI untuk mengemukakan permohonan. 

Selain perkongsian berita baik ini juga, kami turut ingin kongsikan beberapa artikel yang boleh dijadikan panduan berguna sementara menunggu keputusan UPU selain persediaan sekiranya gagal atau berjaya ditawarkan ke universiti kelak.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda melanjutkan pengajian dalam kursus dan universiti pilihan. Semoga berjaya kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail