Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Oct 24, 2018, 12:45 pm
Peningkatan dalam kerjaya pastinya menjadi sasaran setiap orang, bukannya berterusan menjawat jawatan yang sama. Itulah yang diimpikan Fazillawati Adenan, 43, selepas beliau berjaya menamatkan pengajian Diploma Kejururawatan di Sime Darby Health & Sciences College.
Fazillawati memulakan karier sebagai jururawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) pada Januari 1999 hingga Januari 2008. Kemudian, beliau dilantik sebagai Jurulatih Klinikal (Clinical Instructor) di Kolej Kejururawatan Sime Darby Medical Centre sehingga januari 2012. Kerjayanya mula meningkat apabila ditugaskan sebagai tenaga pengajar kejururawatan di Sime Darby Health Care yang terletak di Ara, Damansara.
Sebagai tenaga pengajar di hospital, Fazillawati banyak membantu memberi pendedahan kepada pelajar dalam bentuk teori dan praktikal. Katanya, sebelum mendapat penempatan praktikal, pelajar akan didedahkan dengan latihan kemahiran di makmal sebagai persiapan berdepan dengan pesakit di hospital.
“Setiap pelajar akan dikawal selia oleh ‘clinical instructor’ di setiap penempatan klinikal bagi membolehkan pengajaran berterusan. “Kerjaya ini banyak mengajar erti sebenar rasa tanggungjawab dan juga nilai murni. Sesetengah pesakit tidak suka dirawat oleh jururawat pelatih, mungkin tidak yakin atau bimbang perawatan yang diberikan tidak betul.
“Ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada saya cara untuk berkomunikasi dengan lebih baik dengan pesakit,” katanya. Fazillawati yang kini menjadi tenaga pengajar di hospital berkata, dia akan memastikan jururawat sentiasa berada pada tahap yang cekap dalam menjalankan tugas.
Antara fokus yang perlu dilakukan adalah membantu jururawat pelatih yang baru memulakan kerjaya. Mereka ini akan ditempatkan dalam ‘Gradplus Programme’ iaitu satu program yang membantu proses peralihan dari jururawat pelatih kepada jururawat terlatih untuk tempoh enam bulan.
“Kerjaya jururawat ini tidak berhenti setakat itu sahaja sebaliknya peluang untuk meningkatkan diri sentiasa ada. Jika seseorang jururawat berminat dalam bahagian pengurusan, mereka boleh meningkatkan kemajuan kerjaya sehingga menjadi ketua jururawat.
“Bagi mereka yang berminat dalam bahagian Pendidikan, boleh meneruskan kerjaya sebagai tenaga pengajar di kolej atau hospital. Untuk mencapai cita-cita itu, jururawat perlulah menyambung pengajian ke tahap lebih tinggi,” katanya.
Ramsay Sime Darby Healthcare College (RSDHC) menyediakan peluang untuk membina kerjaya sebagai jururawat kepada sesiapa saja yang berpotensi. Kolej ini juga mempunyai rekod pelajar cemerlang dengan purata kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan Pendaftaran Kejururawatan selama lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan. RSDHC menawarkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Diploma dan Sijil Profesional. Kepada yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh lawati laman web www.ramsaysimedarbycollege.edu.my.
ARTIKEL BERKAITAN
Perlukan
bantuan?