Silterra Malaysia Buka Peluang Pekerjaan dengan Gaji Lumayan kepada Graduan Bidang Kejuruteraan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 06, 2018, 02:03 am

Tamat pengajian dan masih tercari-cari peluang pekerjaan yang tak kunjung tiba atau ditawarkan pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan anda. Jangan bersedih, menerusi artikel ini kami akan kongsikan peluang latihan siswazah dibawah SILTERRA GRADUATE NURTURING PROGRAM (SGNP). Tamat latihan kelak, anda akan bergelar seorang Process Engineer atau Equipment Engineer!. 

 

 

Sebelum kami kongsikan info mengenai SGNP dengan lebih lanjut, eloklah anda ambil tahu apa itu Silterra. Silterra adalah syarikat pembuatan semikonduktor yang menjadi pemangkin untuk pelaburan teknologi tinggi di Malaysia. Ditubuhkan pada November 1995, dahulu Silterra dikenali sebagai Wafer Technology Malaysia Sdn Bhd dan telah dinamakan semula sebagai Silterra Malaysia Sdn Bhd pada Disember 1999. Sejak penubuhannya, Silterra telah bekerjasama dengan banyak syarikat reka bentuk dan produk fabless global meliputi produk elektronik, komunikasi & pengkomputeran, dan peranti mudah alih. 

 

 

Seiring dengan kemajuan syarikat, Silterra memerlukan tenaga kerja mahir berpendidikan untuk terus memacu kecemerlangan syarikatnya di masa hadapan. Maka, program SGNP telah diperkenalkan dengan mensasarkan graduan yang baru tamat pengajian khususnya dalam bidang kejuruteraan. Untuk tahun 2018, permohonan untuk menyertai program ini sedang dibuka. Berikut adalah syarat permohonan :

  • Graduan Ijazah Sarjana / Sarjana / PhD dalam bidang kejuruteraan
  • PNGK minimum 3.0 dan ke atas
  • Tahun Pengijazahan 2017/2018 
  • Calon dengan pendedahan di fab atau semikonduktor semasa universiti, latihan amali, projek akhir tahun atau internship sangat digalakkan untuk memohon  
  • Warganegara Malaysia atau memegang status penduduk tetap

 

Bidang pengajian kejuruteraan : 

  • Electrical and Electronics
  • Microelectronics
  • Mechanical
  • Chemical
  • Industrial Engineering
  • Material Science
  • Chemistry
  • Photonics
  • Applied Physics
  • Mathematics
  • Disiplin Kejuruteraan yang berkaitan

 

Apakah kelebihan yang anda akan perolehi sekiranya berjaya menyertai program SGNP ini?

  • Elaun bulanan (rm3100)
  • Insurans 
  • faedah perubatan 
  • cuti tahunan
  • Dental/optics
  • Lain-lain

 

 

Sekiranya anda terpilih menyertai program ini, anda akan menjalani latihan selama 1 tahun. Tamat latihan, anda akan terikat sebagai pekerja sepenuh masa selama 1 tahun. Selepas tamat latihan dan bon ikatan, anda boleh terus bekerja di SilTerra secara sepenuh masa. Jadi, bukankah ini peluang terbaik untuk anda memulakan kerjaya dalam bidang pengajian masing-masing walaupun tanpa sebarang pengalaman?. 

 

Kepada anda yang memenuhi syarat kelayakan, masih menganggur atau bekerja dalam bidang yang tidak diminati dan ingin merasai pengalaman sebenar bekerja dalam bidang pengajian masing-masing, eloklah sertai program ini. Tak payah tanam anggur lama-lama. Permohonan boleh dibuat secara atas talian di link berikut : PERMOHONAN SGNP 2018. 

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2018. Jadi jangan terlepas tarikh permohonan. Kepada anda yang ingin memohon program traineeship lain, boleh rujuk artikel berikut : Senarai Syarikat Besar yang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Fresh Graduates (Traineeship Programmes). Jika memenuhi syarat bolehlah buat permohonan. Peluang pekerjaan tetap berserta gaji lumayan menanti anda!. Kongsikan juga peluang ini untuk manfaat rakan yang lain. SEMOGA BERJAYA!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail