Senarai Syarikat yang Bayar Elaun Tinggi Kepada Pelajar Intern

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Nov 11, 2020, 04:50 am

Elaun memang menjadi salah satu perkara utama selain lokasi tempat internship. Ada majikan yang tawarkan sikit, ada yang banyak dan ada yang tidak tawarkan langsung. Semuanya bergantung kepada budi bicara majikan. 

 

Tetapi pada pendapat kami, jika syarikat itu berkualiti dan kukuh dalam perniagaan, mereka akan memberi elaun kepada pekerja intern walaupun ianya tidak wajib. Dengan pemberian tersebut, menunjukkan bahawa syarikat benar-benar menjaga kebajikan dan menghargai pekerja waima pekerja intern sekalipun. Jika sebaliknya, korang faham-faham sendirilah, kemungkinan potensi untuk ditawarkan kerja selain pengalaman yang bakal diperolehi semasa latihan nanti tidak seperti yang diharapkan. Jika ditawarkan pun, tangga gaji tidak sesuai dengan kelulusan dan kerja yang dilakukan. 

 

Berikut kami kongsikan senarai majikan yang tawarkan elaun tinggi melalui laman web hungryintern.com, klik senarai kerja untuk info lebih lanjut mengenai kelayakan dan permohonan.

 

Jika korang ditawarkan ke syarikat-syarikat yang menawarkan elaun yang tinggi ini, tunjukkan prestasi paling terbaik dan kami yakin korang akan ditawarkan kerja dengan mereka selepas tamat internship. Jika korang tak memenuhi kelayakan bagi senarai kerja diatas, boleh semak senarai penuh dengan elaun sehingga rm500. Korang juga boleh buat pencarian mengikut lokasi, tangga gaji, sektor, tahap pendidikan dan banyak lagi. Klik untuk semak senarai : SENARAI JAWATAN KOSONG INTERNSHIP.

 

Kami juga nasihatkan korang untuk daftar akaun di website hungryintern.com. Kelebihan hungryintern.com berbanding website cari kerja lain, iklan jawatan kosong hanya spesifik untuk program traineeship dan internship sahaja. 

 

Dan bagusnya website ini, jika korang mendaftar, selain boleh memohon ke mana-mana syarikat yang diinginkan, pada masa yang sama juga majikan akan menerima email pendaftaran sekiranya korang memenuhi kriteria dan bidang yang berkaitan dengan jawatan yang diiklan oleh mereka. Jadi peluang yang tinggi untuk korang dihubungi dan ditawarkan tempat untuk internship. Cuma, pastikan isi profil selengkapnya termasuk memuat naik resume (paling penting). Diharapkan perkongsian kami membantu dan semoga berjaya!

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail