Ketahui Universiti Awam yang Buka Permohonan Dalaman Tanpa Melalui UPU Bagi Pengambilan September 2020

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 31, 2019, 08:14 am

Keputusan UPU untuk peringkat pengajian degree diumumkan pada 18 Ogos (KLIK DISINI untuk panduan semakan keputusan UPU), apa yang boleh kami rangkumkan terdapat 3 kategori pelajar yang akan wujud, pertama gembira dengan kursus yang ditawarkan. Kedua, mendapat tawaran tetapi tidak berminat dengan kursus yang ditawarkan. Ketiga, paling menyedihkan iaitu tidak ditawarkan langsung ke mana-mana 12 kursus pilihan dalam permohonan UPU malah kemungkinan akan turut gagal dalam permohonan rayuan. Kalau anda termasuk dalam kategori kedua dan ketiga, ke manakah halatuju anda?. 

 

 

Jangan risau kami anda berita baik untuk anda. Pada tahun ini, UKM masih membuka peluang permohonan kepada pelajar secara langsung (direct intake) bagi pengambilan September 2020 dibawah UKM INTERNATIONAL BACHELOR DEGREE PROGRAM. Apa bezanya program ini dengan program pengajian UKM yang ditawarkan dibawah UPU?. Secara keseluruhannya, tiada perbezaan kerana dibawah direct intake ini pelajar turut memperolehi kelebihan sama seperti pelajar UKM lain malah syarat kelayakan masuk adalah lebih rendah berbanding pemohon yang memohon melalui UPU. Berikut kami kongsikan antara kelebihan yang bakal diperolehi sekiranya anda berjaya ditawarkan kelak. 

 

 

  • Berpeluang menjalani Summer Program atau Program Pertukaran Pelajar (Mobiliti Program) selama sebulan di beberapa buah universiti luar negara yang menjalinkan kerjasama pendidikan dengan UKM iaitu universiti yang terletak di Jepun, Korea, Indonesia, Vietnam, China, Mexico, Jerman dan Amerika Syarikat

  • Berinteraksi dengan pelajar-pelajar antarabangsa lain daripada seluruh dunia sekaligus dapat meningkatkan kemahiran komunikasi/pertukaran bahasa, budaya dan sebagainya. Ini menjadi kelebihan kepada pelajar selepas menamatkan pengajian kelak dan menarik perhatian majikan daripada syarikat-syarikat multinasional dalam dan luar negara

  • Syarat kelayakan yang lebih rendah berbanding syarat kelayakan yang diletakkan oleh UKM bagi permohonan melalui UPU

  • Kursus yang diikuti diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sama seperti pelajar UKM lain yang mendaftar dibawah tiket UPU

  • Semua kursus yang ditawarkan seiring dengan permintaan industri semasa dan akan datang

  • Anda akan mengikuti pengajian dalam satu kuliah yang sama dengan pelajar lain

 

Untuk pengetahuan anda, bagi kursus pengajian sepenuh masa semua kursus pengajian yang ditawarkan dibawah UPU turut ditawarkan dibawah UKM-IDP menjadikan jumlah keseluruhan kursus ijazah sarjana muda yang ditawarkan adalah 72 dibawah 12 buah fakulti. 

 

Bagi yang berminat untuk mengemukakan permohonan, sila KLIK DISINI untuk semak senarai kursus dan syarat kelayakan yang diletakkan terlebih dahulu. Sekiranya memenuhi syarat kelayakan, buatlah permohonan segera sebelum kuota tempat yang disediakan penuh. Kepada yang ingin mengemukakan permohonan, boleh KLIK DISINI untuk terus ke laman rasmi permohonan. 

 

Selain itu, kami turut ingin kongsikan beberapa artikel yang boleh dijadikan panduan berguna sekiranya anda gagal atau ditawarkan ke kursus bukan pilihan pertama. 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda melanjutkan pengajian dalam kursus dan universiti pilihan. Semoga berjaya kami ucapkan!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail