Bidang Kejururawatan Pilihan Tepat untuk Peluang Kerjaya yang Tinggi

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 03, 2018, 08:31 am

Kerjaya sebagai jururawat kini menjadi antara pilihan ramai kerana permintaan industri terhadap pekerjaan itu semakin meningkat. Bekerja sebagai jururawat bukan sahaja memerlukan semangat yang kuat kerana sentiasa berdepan dengan risiko, tetapi juga memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang komprehensif.

 

Ramsay Sime Darby Healthcare College (RSDHC) menyediakan peluang untuk membina kerjaya sebagai jururawat kepada sesiapa saja yang berpotensi. Kolej ini juga mempunyai rekod pelajar cemerlang dengan purata kelulusan 100 peratus dalam Peperiksaan Pendaftaran Kejururawatan selama lebih 15 tahun dalam bidang pendidikan.

 

 

RSDHC menawarkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Diploma dan Sijil Profesional. Bagi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejururawatan Kontemporari, tempoh pengajian mengambil masa selama dua tahun. Melalui silibus pembelajaran yang menekankan latihan amali berlandaskan teori, menjadikan proses pembelajaran lebih relevan seiring dengan industri semasa dan akan datang.

 

Bagi Diploma Kejururawatan pula, tempoh pengajian mengambil masa selama tiga tahun dan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari selok-belok kerjaya menerusi pendedahan asas bidang kejururawatan.

 

Latihan amali di hospital

Selain diberi pengetahuan secara teori, pelajar turut kerap melakukan latihan amali di hospital seperti program Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), pelajar akan didedahkan dengan realiti kerjaya sebagai jururawat, selain turut dipantau oleh pensyarah masing-masing.

 

 

RSDHC turut menawarkan pengajian di peringkat sijil seperti Sijil Kejururawatan Profesional Peri-Operative iaitu program yang disusun untuk Jururawat Berdaftar yang berminat dengan kerjaya dalam bilik pembedahan.

 

Kolej kesihatan ini juga menawarkan program sijil yang lain, antaranya Sijil Kejururawatan Profesional Buah Pinggang yang khusus untuk Jururawat Berdaftar dan berminat dengan masalah kesihatan buah pinggang; Sijil Kejururawatan Profesional Onkologi dan Sijil Kejururawatan Profesional Penjagaan Kesihatan Kritikal. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus kejururawatan yang ditawarkan oleh RSDHC, lawati laman web www.ramsaysimedarbycollege.edu.my.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail