Anjur Pertandingan Tik Tok, Menteri Pendidikan Dikecam Sedangkan Banyak Masalah Pelajar Belum Selesai!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 10, 2020, 02:30 am

Menteri anjur pertandingan tok tik bersama influencer. Kami memang tak boleh brain sedangkan banyak lagi masalah dan persoalan pelajar yang masih menjadi tanda tanya dan belum diselesaikan. Contoh bantuan pelajar RM 200, bantuan yang diberikan bagaimana diagihkan (UPDATE TERKINI PERMOHONAN WANG BANTUAN, KLIK DISINI). Perlu memohon ke sebaliknya. PKP pula dilanjutkan, bagaimana dengan nasib pelajar terutamanya yang tinggal luar menyewa. Bagi pelajar yang tinggal di kolej kediaman dalam universiti mungkin tidak terlalu bimbang. Makan dan minum disediakan, walaupun ada pelajar yang dikatakan tidak bersyukur seperti mana yang tular sebelum ini.

 

 

 

Tetapi bagi universiti yang tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai dan majoritinya pelajarnya tinggal menyewa di luar seperti UiTM, Universiti Malaya (UM) dan lain-lain atau terpaksa menumpang di mana-mana, apa nasib mereka jika Covid-19 ini berterusan. Kami juga berpendapat PKP ini akan disambung lagi selepas fasa ketiga. Lihat sahajalah kes, walaupun ada penurunan tapi sangat sukar untuk dihapuskan. Seperti mana ucapan Perdana Menteri, jika tidak diteruskan PKP ini, bimbang kes akan meningkat dan pekerja barisan hadapan sedia ada tidak mampu untuk merawat jumlah pesakit yang ramai dalam satu-satu masa. Jadi, apa nasib pelajar-pelajar ini. Rumah sewa perlu dibayar dan makan minum perlu sediakan sendiri. 

 

 

Berkaitan bantuan rm200 yang diberikan kepada pelajar, sangat sukar untuk memperolehi maklumat. Persoalan yang kami sendiri kurang pasti, bila wang bantuan pelajar ini akan diagihkan. Jika perlu mohon, bagaimana hendak memohon. Jika tidak perlu, wang disalurkan atau dimasukkan ke akaun mana. Adakah ke akaun Kad Siswa Bank Rakyat dimana wang Bantuan Pendidikan Tinggi (BPPT) di masukkan sebelum ini. Yang diuar-uarkan semakan dan wang bantuan untuk golongan lain seperti bujang, bekeluarga dan sebagainya. Bagaimana pula dengan bantuan kepada pelajar, tidak dijelaskan secara terperinci. 

 

 

Ramai juga beranggapan, pelajar tidak terjejas sebab masih menerima bantuan pinjaman PTPTN seperti biasa. Untuk makluman yang terhormat, pinjaman yang diterima tak mencukupi untuk menampung kehidupan pelajar sepanjang tempoh pengajian 5 hingga ke 6 bulan bagi 1 semester. Kebanyakkan bekerja secara part-time atau mohon sumbangan daripada ibu bapa masing-masing. Jika keluarga berduit, boleh diberi tetapi jika keluarga pun terkesan dengan PKP ini, bagaimana hendak hulur duit melainkan jika tinggal bersama. Dapatlah mengurangkan perbelanjaan. 

 

Jadi, cadangan kami buatlah saringan kesihatan untuk semua pelajar-pelajar ini dan benarkanlah mereka pulang ke kampung masing-masing. Perkhidmatan bas yang disediakan oleh universiti, boleh digunakan untuk menghantar pelajar mengikut negeri. Kemudian, ibu atau bapa diberi kebenaran untuk menjemput anak masing-masing mengikut tarikh yang ditetapkan. 

 

Dengan cara ini dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk menampung kos makan minum di universiti selain ibu bapa juga tidak bimbang akan keselamatan dan keadaan anak masing-masing. Berkaitan dengan bantuan kewangan RM200, kami berharap sangat ada penjelasan daripada pihak kerajaan khususnya KPT bukan sekadar beritahu pelajar akan dapat bantuan dan cara hendak hilangkan bosan dengan anjurkan bertik tok sakan. Memang mengundang kejian masyakarat sehingga post berkenaan telah dipadam.

 

 

 

Kami juga berharap agar Covid-19 ini akan lenyap dari muka bumi ini. Dunia akan kembali seperti kebiasaanya. Ramai yang menderita, tetapi apa kan daya nyawa itu tiada galang gantinya. Apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan ini, dan diharapkan semuanya jangan berdegil serta patuhi peraturan dan langkah-langkah yang di aturkan oleh pihak berkuasa. Semoga kita semua selamat dan dijauhi dari sebarang penyakit. Kongsikan artikel ini supaya segera sampai ke pihak atasan dan diambil tindakan segera.

 

 ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail