Covid-19 - Cara Mohon Bantuan Prihatin Nasional RM200 untuk Pelajar IPT

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 30, 2020, 09:02 am

Virus Covid-19 yang melanda negara kita pada ketika ini memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat. Baik yang miskin, sederhana atau pun kaya. Bagi memastikan semua kekal tenang dan boleh menjalani kehidupan tanpa memikirkan masalah kewangan yang meruncing, perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat 2020 (PRIHATIN). 

 

Bagi pelajar, bantuan one-off RM200 akan diberikan bermula bulan Mei 2020. Dengan bantuan berkenaan, dapat membantu meringankan beban pelajar dan keluarga, terutamanya pelajar yang tinggal di asrama penginapan atau rumah sewa sekitar Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing. 

 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata bantuan yang diberikan itu penting untuk memastikan setiap daripada mereka meneruskan kehidupan.

 

“Semoga peruntukan yang akan disalurkan ini dapat memangkin ekonomi dan sara hidup rakyat khususnya dalam menempuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

 

“Saya, mewakili Kementerian Pengajian Tinggi ingin mengucapkan terima kasih atas peruntukan dan usaha yang telah dilakukan.

 

Selain itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut memberi penangguhan bayaran pinjaman selama 6 bulan kepada peminjam sedia ada. 

Persoalan yang mungkin berlegar di fikiran anda, bagaimana cara wang bantuan ini akan diagihkan, adakah perlu memohon?. Untuk meleraikan segala persoalan anda itu, KLIK artikel Cara Mohon, Semak dan Tarikh Wang Bantuan Prihatin Nasional Pelajar Dimasukkan Ke Akaun untuk semak semua info berkaitan bantuan RM 200 ini. Bagaimana hendak memohon, bila wang dimasukkan ke akaun, akaun bank mana, siapa yang layak memohon dan sebagainya. 

 

 

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu, dan sama-sama kita putuskan rangkaian virus Covid-19 ini dengan tinggal sahaja di rumah. Didoakan juga, negara dan seluruh dunia kembali bersih dan dapat menjalani hidup kita seperti biasa. Untuk perkongsian lain, korang boleh klik artikel berkaitan yang berguna untuk korang ambil tahu.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Biasiswa untuk Pelajar Tahun Pertama

38 Kursus Pengajian Digugurkan di Universiti Awam! Apa Nasib Pelajar & Graduan?

Kursus Pengajian Dibawah Universiti Awam yang Senang Dapat Kerja

7 Petanda Anda Bakal Gagal dalam Pengajian di Universiti!

5 Punca Graduan Gagal Memperolehi Pekerjaan berdasarkan kaji selidik oleh Jobstreet

Ketahui Cara Mohon Kerja Tanpa Pengalaman!

Senarai Kerjaya Baru yang Tawar Gaji Lumayan Selain Senang Dapat Kerja

Tip Dapat Kerja Kalau Mohon Jawatan yang Anda Overqualified

Laman Web Cari Kerja Popular di Malaysia yang Wajib Anda Tahu

Kenapa Graduan Universiti Awam Sukar Dapat Kerja Berbanding IPTS?

Ketahui 20 Buah Syarikat yang Tawarkan Pekerjaan untuk Fresh Grad

Checklist Wajib untuk Fresh Grad Kalau Nak Cepat Dapat Kerja

Soalan yang Wajib Ditanya Jika Hendak Berjaya dalam Temuduga Kerja!

Ketahui Punca Kenapa Ramai yang Gagal dalam Temuduga Kerja

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail