Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 13, 2020, 07:00 am
Kepada pelajar yang masih tertanya mengenai wang bantuan Prihatin Nasional yang berjumlah RM200 boleh semak soal jawab berkaitan bagaimana hendak memohon, cara semakan, bila wang akan dimasukkan dan sebagainya. Berikut kami kongsikan soal jawab berkaitan bantuan ini.
Siapakah yang layak menerima bantuan prihatin nasional pelajar one-off berjumlah rm200 ini?
Warganegara Malaysia dan berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:
Berapa ramaikah penerima bantuan ini?
Dianggarkan 1.5 juta pelajar akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Adakah bantuan ini turut diberikan kepada pelajar Malaysia yang berada di luar negara?
Tidak, bantuan ini adalah untuk pelajar yang menuntut di Malaysia sahaja.
Bolehkah pelajar menyemak status kelayakan masing-masing?
Semua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.
Jika tidak memenuhi kriteria kelayakan untuk menerima bantuan ini, apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Pelajar perlu menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemas kini dokumen / maklumat-maklumat berikut :
Bagaimanakah bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar?
Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing (sekiranya memenuhi syarat-syarat) mulai hujung bulan April 2020 oleh institusi masing-masing. Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi masing-masing.
Bagaimana sekiranya pelajar tidak mempunyai bank akaun?
Bantuan akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja. Pelajar perlu membuka akaun bank sekiranya belum mempunyai akaun bank sendiri.
Jika nama tiada dalam senarai penerima bantuan one-off, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pelajar itu?
Pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.
Adakah pelajar yang sudah berhenti atau tangguh pengajian sebelum atau dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak menerima bantuan ini?
Hanya pelajar yang berstatus aktif sehingga 31 Mac 2020 layak menerima bantuan ini.
Adakah pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan work-based learning layak menerima bantuan ini?
Ya, pelajar layak menerima bantuan ini.
Adakah pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada Mei 2020 layak menerima bantuan ini?
Layak. Pernyataan ini merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.
Sekiranya pelajar sedang menjalani latihan industri dan work-based learning, bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan ini?
Pelajar boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Adakah pelajar yang sudah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2020 layak menerima bantuan ini?
Tidak. Ini kerana pelajar tidak lagi berstatus aktif di institusi masing-masing.
Bolehkah bantuan disalurkan melalui akaun ibu, ayah atau saudara mara?
Tidak boleh. Pelajar mesti mempunyai akaun bank sendiri.
Bolehkah pelajar membuka akaun di mana-mana bank?
Ya, pelajar boleh membuka akaun di mana-mana bank tempatan. Mana-mana akaun yang dibuka dengan bank tempatan sama ada konvensional atau Islamik, boleh diterima. Akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham tidak diizinkan untuk penggunaan bantuan one-off ini.
Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung bantuan ini, siapakah pegawai yang boleh dihubungi/dirujuk?
Pelajar boleh menghubungi Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.
Jika ada sebarang pertanyaan, siapakah anda boleh hubungi Kementerian/ IPT seliaan?
Pelajar IPT digalakkan menghubungi terus Pegawai Penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing berkenaan pembayaran RM200 one-off ini. Sekiranya ada soalan lanjut, Kementerian dan Agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:
Diharapkan perkongsian ini meleraikan semua persoalan dalam fikiran korang. Untuk ke link rasmi soal jawab KLIK DISINI. Pesanan kami juga berjimatlah jangan dibuat joli pula dengan bantuan yang diberikan. Kita belum tahu sampai bila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini akan ditamat. Selagi mana masih wujud kes, selagi itulah kita terpaksa terus tinggal di rumah/universiti masing-masing. Raya pun kemungkinan tidak boleh disambut seperti biasa. Ingat juga ibu bapa di kampung, mereka turut terkesan dan bantulah ringankan beban kewangan mereka selagi terdaya. Untuk artikel berkaitan yang lain sebagai panduan di masa hadapan rujuk senarai dibawah.
Perlukan
bantuan?