Terima Tawaran UPU Rayuan dalam Kursus Bukan Pilihan Atau Mohon ke IPTS, Mana Lebih Baik?

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 01:05 am

Tahun lepas 259,000 ribu orang calon lepasan SPM memohon melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dalam pelbagai bidang sama ada bidang sains, sastera, sains gunaan, kemahiran mahupun teknikal. Daripada jumlah tersebut, seramai 129,835 sahaja calon yang berjaya dalam permohonan. Manakala, baki lebih kurang 129,165 telah gagal dalam permohonan dan majoritinya telah mengemukakan permohonan rayuan UPUOnline bagi kursus yang masih ada kekosongan walaupun kursus tersebut bukanlah pilihan mereka dan mempunyai potensi kerja selepas tamat pengajian.

 

Persoalannya di sini jika korang yang memohon rayuan UPUOnline dan berjaya dalam permohonan, adakah korang akan terima tawaran sambung belajar dalam kursus yang tidak diminati selain kurang peluang pekerjaan selepas habis belajar nanti?. Korang pernah tak terfikir apa kesan yang akan berlaku jika belajar dalam kursus yang tak diminati?. Kemungkinan boleh berhenti belajar separuh jalan dan kalau berjaya tamatkan pengajian pun bakal menjadi penganggur, ditambah pula dengan menanggung beban hutang pendidikan. Jadi, untuk membantu korang membuat pilihan yang tepat, kami kongsikan kesan sekiranya korang menerima tawaran sambung belajar ke kursus pengajian yang tidak diminati dan tiada peluang kerja di masa hadapan di IPTA.

 

Prestasi Akademik

Prestasi akademik sangat penting bukan sahaja semasa dalam pengajian tetapi juga selepas tamat pengajian. Jika dalam pengajian, keputusan akademik yang akan menentukan sama ada korang boleh meneruskan pengajian atau sebaliknya. Jika prestasi akademik bawah PNGK 2.00, korang akan dipanggil oleh dekan fakulti untuk memberi tunjuk sebab dan korang terpaksa mengulang semula subjek yang gagal pada semester berikutnya. Keadaan ini akan menyebabkan tempoh pengajian menjadi lebih panjang dan yuran pengajian terpaksa ditanggung sendiri untuk tambahan semester akibat mengulang subjek yang gagal. Pinjaman pendidikan tidak akan diberikan untuk semester tambahan. Pelajar lain tamat pengajian 3 tahun, korang 4 ke 5 tahun baru tamat belajar.

 

Prestasi akademik untuk meneruskan pengajian di universiti.Sumber: https://www.ukm.my/portal/

 Sumber : Laman web rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

Jika korang masih gagal pada semester berikutnya, korang akan dibuang daripada universiti atau korang sendiri akan berhenti belajar tanpa rela akibat tertekan. Ramai sahaja pelajar di universiti sekarang yang memperolehi keputusan akademik yang teruk dengan alasan tidak minat dengan kursus yang diambil. Korang boleh baca 7 petanda korang akan gagal di universiti dan salah satunya adalah tak suka kursus yang diambil. Jadi ingat, belajar dalam kursus yang tak diminati bukanlah sesuatu yang mudah.

 

Selain itu, selepas tamat pengajian pula, korang tidak layak memohon kerja terutamanya di sektor kerajaan kerana tidak memenuhi syarat kelayakan akademik yang diletakkan. Kalau mohon ke swasta, mungkin prestasi akademik tidak begitu dipandang asalkan mempunyai pengalaman kerja dan kemahiran tertentu tetapi jika di sektor awam, sebelum layak dipanggil ke temuduga sudah tentu keputusan akademik disemak terlebih dahulu untuk tujuan saringan permohonan dan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hanya memilih calon yang layak untuk dipanggil ke temuduga.

 

Jadi, bagaimana hendak mencapai prestasi akademik yang baik jika korang sendiri tidak minat dengan apa yang dipelajari? Sudah tentu korang akan gagal memperolehi keputusan akademik yang baik sepanjang pengajian. Tetapi jika korang sambung belajar di IPTS dalam kursus pengajian yang diminati, untuk skor keputusan cemerlang bukanlah suatu masalah. Apa sahaja yang dilakukan berserta dengan minat, akan membuahkan hasil yang baik.

 

Tamat Belajar, Bekerja di Luar Bidang Pengajian

Kalau korang lihat, ramai yang bekerja dalam bidang yang tidak sama dengan apa yang mereka belajar. Rugi rasanya habiskan masa bertahun belajar, dan akhirnya bekerja di luar bidang. Terdapat banyak kemungkinan lain yang menyebabkan graduan bekerja di luar bidang tetapi antara punca utamanya adalah keputusan akademik yang tidak cemerlang atau tiada peluang pekerjaan yang luas dalam bidang tersebut. Untuk pengetahuan korang, kebanyakan majikan akan menawarkan kerja kepada graduan baru yang memiliki keputusan akademik yang baik dan bidang pengajian berkaitan perniagaan mereka selain kemahiran yang ada. Ini kerana majoriti graduan baru belum lagi mempunyai pengalaman kerja kecuali ketika latihan praktikal semasa dalam pengajian.

 

Makanya, peratusan tinggi untuk gagal dalam setiap permohonan kerja itu adalah perkara biasa walaupun korang memohon kerja yang berkaitan dengan bidang pengajian atau sebaliknya. Ini kerana, jika korang hendak bersaing dengan mereka yang dalam bidang yang sama keputusan akademik korang tidak sehebat mereka yang belajar atas dasar minat dan jika hendak mohon kerja luar bidang pula pekerjaan tersebut tidak berkaitan dengan bidang pengajian korang di universiti. Jadi, sudah tentu majikan lebih memilih calon yang mempunyai prestasi akademik yang lebih baik dan dalam bidang pengajian berkaitan perniagaan mereka. Kalau pun korang berjaya ditawarkan pekerjaan dalam bidang berkaitan pengajian, sanggupkah korang bekerja dalam bidang yang korang tak minat tu seumur hidup selepas habiskan 3-5 tahun tempoh pengajian?.

 

Kurang Potensi Kerja dan Menganggur

Tidak semua kursus pengajian yang ditawarkan di IPTA mempunyai peluang pekerjaan. Walaupun tidak mempunyai peluang kerja tetapi IPTA wajib menawarkannya. Contohnya kursus pengajian berkaitan bidang sejarah dan warisan. Tidak banyak peluang pekerjaan melainkan di sektor awam tetapi disebabkan negara perlu memastikan sejarah dan warisan negara tidak dilupakan oleh generasi baru, kursus-kursus ini dikekalkan walaupun kurang peluang pekerjaan.

 

Korang boleh semak senarai kursus pengajian yang susah untuk dapat kerja selepas tamat pengajian. Selain itu, korang digalakkan untuk semak kursus pengajian paling popular yang menjadi buruan majikan seperti perakaunan, sumber manusia, rekaan grafik, multimedia, pemasaran dan banyak lagi.

 

Berdasarkan statistik KPT pada tahun lepas, jumlah graduan yang berjaya menamatkan pengajian adalah 305,301 ribu orang. Daripada jumlah yang menganggur, 72% daripadanya masih sedang mencari pekerjaan atau mudahnya gagal mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Situasi ini dilihat berlaku antaranya disebabkan oleh kursus pengajian yang tidak mempunyai peluang pekerjaan di sektor swasta dan beberapa lagi faktor lain. Klik untuk baca faktor lain kenapa graduan IPTA ramai menganggur berbanding IPTS.

 

Kadar kebolehpasaran graduan. Sumber KPT https://www.mohe.gov.my/

Sumber: Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

 

Berbanding jika di IPTS, kursus pengajian yang ditawarkan semuanya memenuhi keperluan pekerjaan semasa. Ini kerana, kualiti sesebuah IPTS diukur dengan kadar kebolehpasaran graduan yang ditawarkan kerja selepas tamat pengajian. Semakin tinggi peratusan graduan yang mendapat pekerjaan, semakin ramai ibu bapa dan pelajar yang yakin untuk menghantar anak mereka belajar disitu. Jadi, adakah korang bersedia untuk menjadi penganggur selepas tamat pengajian semata-mata untuk sambung belajar di IPTA dalam kursus yang kurang potensi kerja?

 

Buang Masa dan Wang Ringgit

Terakhir, memang korang akan buang masa selama bertahun-tahun belajar dan akhirnya menganggur. Kadang kala kalau kursus yang korang ambil tu banyak peluang kerja pun tetapi disebabkan majikan kurang yakin dengan kemampuan dan kemahiran yang dinilai daripada prestasi akademik, maka bersedialah untuk gagal dalam permohonan.

 

Buang masa dan duit sahaja belajar bertahun-tahun akhirnya tidak mendatangkan hasil yang sepatutnya. Itu kalau korang berjaya menamatkan pengajian, bagaimana jika terlampau tertekan atau keputusan akademik yang teruk sehingga dibuang daripada universiti. Untuk makluman, jika korang membuat pinjaman pendidikan PTPTN contohnya mendapat keputusan PNGK 2.00 dan ke bawah, pinjaman PTPTN korang akan disekat. Dan jika dibuang atau berhenti belajar, korang wajib membayar sekaligus keseluruhan pinjaman yang telah diberikan sebelum ini. Korang boleh klik semak penyebab lain pinjaman PTPTN ditarik balik atau disekat.

 

Jadual bayaran pinjaman PTPTN sekiranya disekat atau dihentikan. Sumber :https://www.ptptn.gov.my/ Sumber : Laman web rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

Jadi, nasihat kami pemilihan kursus pengajian sangatlah penting dan pastikan korang betul-betul berminat dengan kursus yang diambil. Jangan tangkap muat sahaja kerana akhirnya korang akan terpaksa lalui semua situasi yang kami senaraikan diatas. Kami tidak mahu menakutkan korang, tetapi hakikat sebenar itu perlu ditelan walaupun pahit. Semua kesan yang kami kongsikan diatas telah berlaku kepada ramai pelajar dan kami tidak mahu ianya berulang lagi.

 

Sekiranya korang risau tentang yuran pengajian mahal di IPTS dan kursus pengajian kurang berkualiti, ianya adalah isu yang kecil sahaja. Jika berkaitan yuran pengajian, korang boleh memohon PTPTN dan bantuan kewangan lain daripada pihak luar atau universiti sendiri. Banyak sahaja biasiswa dan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh pihak universiti contohnya pengecualian yuran pengajian semester pertama, biasiswa pelajar cemerlang dan banyak lagi. Jika tidak berjaya ditawarkan biasiswa sekalipun, pastikan korang tamat pengajian di kelas pertama. Pinjaman PTPTN akan bertukar kepada biasiswa.

 

Jika kursus pengajian yang dirisaukan, seperti mana yang kami katakan, kursus pengajian di IPTS adalah memenuhi keperluan pekerjaan semasa. Sebagai contoh universiti swasta terbaik di Malaysia malah lebih baik daripada sesetengah IPTA adalah Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), Limkokwing University dan banyak lagi. UTP dan UNITEN merupakan Government Linked University (GLU) dimana ianya dimiliki oleh syarikat gergasi separa kerajaan-swasta Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kebanyakan pelajar yang berjaya ditawarkan ke IPTA lebih memilih ke UTP dan UNITEN kerana kursus pengajiannya yang mempunyai potensi kerja, tenaga pengajar terbaik, kemudahan pembelajaran bertaraf antarabangsa dan peluang pekerjaan yang menanti mereka selepas tamat pengajian.

 

 Hari Konvokesyen UTP. Sumber : https://www.utp.edu.my

Sumber : Laman web rasmi Universiti Teknologi Petronas

 

Hari Konvokesyen UNITEN. Sumber : https://www.uniten.edu.my/

 Sumber : Laman web rasmi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

 

Manakala IUKL dan Limkokwing pula adalah universiti yang menawarkan kursus pengajian seiring dengan permintaan semasa industri. IUKL menfokuskan kursus berkaitan kemudahan infrastruktur manakala Limkokwing adalah universiti kreatif multimedia yang majoriti graduannya berjaya ditawarkan kerja selepas tamat belajar. Ini kerana, majikan memerlukan graduan yang mempunyai kemahiran berkaitan teknologi dan multimedia seiring dengan perkembangan pantas teknologi dunia sekaligus graduan bidang ini mendapat permintaan yang tinggi di pasaran kerja tempatan dan luar negara. Korang juga boleh mohon ke Multimedia University (MMU), ADMAL Aviation College untuk kursus berkaitan penerbangan, Tunku Abdul Rahman University College (TAR-UC), Malaysia Science University (MSU) dan Imperium International College. Ke semuanya menawarkan kursus pengajian berkualiti dan diiktiraf dalam dan luar negara. 

 

IUKL convocation ceremony. Sumber : https://iukl.edu.my/

Sumber : Laman web rasmi Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL)

 

Lim kok wing convocation ceremony. Sumber https://www.limkokwing.net/

Sumber : Laman web rasmi LimKokWing University of Creative Technology

 

Tip untuk memilih IPTS yang terbaik sesuai dengan bidang pengajian yang ingin di pohon, antaranya aspek yang perlu dilihat adalah kemudahan fasiliti, kursus pengajian diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), tenaga pengajar berkualiti, kadar kebolehpasaran graduan dan banyak lagi. Korang boleh klik untuk baca banyak lagi tips memilih IPTS yang terbaik. Akhir kata, ingat pendidikan adalah pelaburan di masa hadapan, pastikan pelaburan yang dibuat benar-benar berbaloi. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail