Calon UPUONLINE STPM/Setaraf yang Gagal Dipanggil Temuduga atau Ujian, Sila Kemaskini Pemilihan Kursus Pengajian Anda!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 12, 2021, 08:00 am

Berita baik kepada korang yang gagal dipanggil ke temuduga atau ujian  UPUONLINE, korang diberi peluang untuk kemaskini UPUONLINE dengan menukar program pengajian. Kenapa kena tukar? Untuk pengetahuan korang, bagi program pengajian bertemuduga atau ujian, korang wajib melepasi temuduga dan ujian yang diadakan untuk berjaya ditawarkan ke program berkenaan. Berikut adalah hebahan daripada pihak UPU berkaitan kemasini program pengajian.

 

Kemaskini program pengajian yang gagal dipanggil ke temuduga atau ujian UPUONLINE Lepasan STPM SETARAF. Sumber : Laman web rasmi UPUONLINE

 

Permohonan korang kelak akan diproses berdasarkan keutamaan pilihan yang terkini. Jika korang memilih untuk kekal dengan pilihan sekarang, silakan tetapi diingatkan bahawa korang telah pun gagal dalam permohonan bagi program pengajian tersebut kerana tidak berjaya dipanggil ke temuduga atau menduduki ujian saringan. Jadi, buat apa rugikan pilihan program yang ada. Dah tahu dengan jelas bahawa gagal tetapi masih simpan harapan untuk berjaya ditawarkan, tidak sama sekali ya. Jadi, tukar ke program yang lain. 

 

Sebagai panduan untuk memilih program pengajian, korang boleh semak tip memilih program pengajian yang senang dapat kerja selepas tamat pengajian nanti dan panduan dan tip kemaskini UPUonline. Memandangkan persaingan dalam permohonan UPUONLINE sangatlah sengit, ramai yang masih belum tahu punca ramai pemohon gagal dalam permohonan UPUONLINE termasuk permohonan rayuan UPUONLINE walaupun memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Jadi, untuk memastikan anda berjaya dalam permohonan, boleh semak Tips Susun Pilihan Program Pengajian untuk Berjaya dalam Permohonan UPU yang boleh membantu anda berjaya ditawarkan UPUONLINE. Untuk panduan lain boleh rujuk dibawah:

 

Sekiranya anda gagal dalam permohonan kelak, semak 5 Laluan yang Boleh Anda Lakukan untuk Tetap Sambung Belajar sekiranya gagal dalam permohonan UPUONLINE termasuk UPU RAYUAN. Jika ada yang berjaya ditawarkan ke kursus pengajian bukan pilihan utama, boleh baca dulu perbandingan antara Terima Tawaran UPU Rayuan dalam Kursus Bukan Pilihan Atau Mohon ke IPTS, Mana Lebih Baik?. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail