Afterschool
August 8, 2021
Fasa Pengemaskinian & Permohonan Baharu Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2021/2022 dibuka hari ini 9 Ogos 2021 (Isnin) Jam 12.00 tengah Hari dan akan ditutup pada 12 Ogos 2021 (Khamis) Jam 5.00 petang.
Sumber: Laman web rasmi UPUONLINE
Sumber: Laman web rasmi UPUONLINE
Untuk anda yang risau mengenai kelayakan MUET, jangan bimbang kerana untuk tahun ini disebabkan oleh penangguhan peperiksaan MUET, maka pihak UPUONLINE memberi penangguhan bersyarat MUET menerusi hebahan dibawah. Bagi yang ingin menyemaksyarat penagguhan MUET yang dikenakan oleh pihak UPUONLINE, anda boleh semak dengan klik pautan berwarna biru.
Sumber: Laman web rasmi UPUONLINE
Tips Mengemaskini Program Pengajian
Persaingan dalam permohonan UPUONLINE sangatlah sengit. Ramai yang gagal masih belum tahu punca ramai pemohon gagal dalam permohonan UPUONLINE termasuk permohonan rayuan UPUONLINE walaupun memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Jadi, untuk memastikan anda berjaya dalam permohonan, boleh semak Tips Susun Pilihan Program Pengajian untuk Berjaya dalam Permohonan UPU yang boleh membantu anda berjaya ditawarkan UPUONLINE. Untuk panduan lain boleh rujuk dibawah:
Sekiranya anda gagal dalam permohonan kelak, semak 5 Laluan yang Boleh Anda Lakukan untuk Tetap Sambung Belajarsekiranya gagal dalam permohonan UPUONLINE termasuk UPU RAYUAN. Jika ada yang berjaya ditawarkan ke kursus pengajian bukan pilihan utama, boleh baca dulu perbandingan antara Terima Tawaran UPU Rayuan dalam Kursus Bukan Pilihan Atau Mohon ke IPTS, Mana Lebih Baik?. Semoga berjaya!
© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.