Info Lengkap Permohonan Second Intake Universiti Awam

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 05, 2022, 07:02 am

Ramai yang masih belum tahu mengenai peluang yang dibuka oleh universiti awam dan politeknik yang menawarkan peluang kedua kepada pemohon menerusi permohonan second intake yang biasanya dibuka sekitar bulan Julai-Oktober (lepasan SPM setaraf) dan Oktober-Disember (lepasan STPM setaraf). Jadi, menerusi artikel ini kami kongsikan soalan lazim mengenai second intake.

 

 

KEISTIMEWAAN SECOND INTAKE UA

Ramai pelajar yang menunggu peluang permohonan second intake UA terutamanya lepasan diploma dimana majoriti daripada mereka belum tamat pengajian semasa permohonan UPU dibuka. Tidak ketinggalan juga bagi lepasan lain yang gagal dalam permohonan UPU atau berjaya tetapi tidak ditawarkan ke program pengajian dan universiti pilihan pertama mereka. Jadi istimewanya second intake ini adalah:

  • Kurang persaingan berbanding permohonan UPU
  • Peluang berjaya dalam permohonan sangat tinggi
  • Syarat kelayakan lebih rendah (bergantung kepada universiti)
  • Permohonan terus melalui sistem permohonan universiti

 

UNIVERSITI YANG MEMBUKA TAWARAN SECOND INTAKE UA

Tidak semua universiti awam membuka tawaran second intake setiap tahun, tawaran bergantung kepada setiap universiti. Antara universiti awam yang kebiasaanya membuka peluang permohonan second intake adalah UiTM, UUM, UMK, UTHM dan banyak lagi. Untuk semakan penuh senarai universiti yang membuka permohonan second intake sebelum ini, boleh klik senarai universiti yang buka pengambilan second intake. Suka diingatkan juga, permohonan second intake perlu dibuat terus di laman web rasmi universiti berkenaan BUKAN melalui laman web UPU. 

 

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Tidak semua program pengajian dibawah permohonan UPU online turut ditawarkan semasa pengambilan second intake. Anda perlu membuat semakan senarai program pengajian sebaik sahaja permohonan second intake universiti yang ingin dipohon dibuka. Untuk semakan senarai program pengajian yang ditawarkan bagi tahun-tahun sebelum ini, boleh klik senarai program pengajian dibawah second intake.

 

TEMPOH PENGAJIAN DAN SYARAT KELAYAKAN MASUK SECOND INTAKE UA 

Tempoh pengajian sama sahaja seperti mana pengambilan melalui UPU. Cumanya pelajar akan tamat pengajian lewat 1 semester memandangkan pendaftaran second intake adalah semasa semester kedua feb/mac. Syarat kelayakan pula biasanya lebih rendah atau sama sahaja dengan syarat kelayakan sekiranya memohon dibawah UPU. Untuk lebih pasti, sila layari laman web setiap universiti yang membuka permohonan second intake dan semak syarat kelayakan dan ditetapkan. 

 

TARIKH PERMOHONAN SECOND INTAKE UA

Permohonan second intake bagi lepasan STPM akan dibuka sekitar Oktober-November (Tertakluk kepada perubahan oleh universiti). Anda boleh semak tarikh permohonan second intake universiti awam. Tarikh adalah berdasarkan tahun sebelumnya dan akan dibuka pada bulan yang sama melainkan ada masalah yang tidak boleh dielakkan contohnya seperti situasi pendemik. Jadi sentiasalah semak di laman rasmi universiti. 

 

PANDUAN MEMOHON SECOND INTAKE UA

Permohonan adalah terus di laman web rasmi universiti awam yang membuka permohonan BUKAN MELALUI UPU ONLINE. Pihak UPU bukan lagi pihak yang menguruskan permohonan untuk second intake. Universiti Awam sendiri yang mengambil inisiatif untuk membuka peluang kepada pelajar yang tidak sempat memohon/gagal dalam permohonan dan sebagainya semasa dalam permohonan UPU sebelumnya. Anda boleh klik antara senarai universiti yang membuka permohonan second intake dibawah yang biasanya membuka tawaran second intake :

 

PANDUAN MEMILIH PROGRAM PENGAJIAN YANG TEPAT

Mohon program pengajian yang ada potensi kerja selepas tamat pengajian. Sebagai panduan anda boleh semak senarai program pengajian di universiti awam yang senang dapat kerja, senarai jawatan kerja kosong terkini paling popular ditawarkan oleh majikan, Bidang Pengajian yang Susah Dapat Kerja dan kesilapan yang sering dilakukan semasa memohon second intake

 

PERBANDINGAN SECOND INTAKE UA VS LALUAN PENDIDIKAN LAIN

Memilih laluan pendidikan yang paling tepat bukanlah sesuatu yang mudah. Masa tenaga dan wang ringgit akan dkorbankan. Jadi untuk membantu anda membuat pilihan yang tepat, anda boleh bandingkan antara second intake dan IPTS mana lebih baik, second intake VS STPM dan second intake VS matrikulasi

 

PINJAMAN PENDIDIKAN PELAJAR SECOND INTAKE UA

Jangan risau jika anda berjaya ditawarkan second intake, anda layak membuat pinjaman PTPTN asalkan sudah menerima surat tawaran. Untuk dapatkan info lebih lanjut mengenai pinjaman, boleh semak panduan pinjaman PTPTN, tarikh permohonan PTPTN, senarai IPTA/IPTS yang layak mohon PTPTN dan Soal Jawab berkaitan PTPTN. Selain PTPTN, anda juga boleh mohon pinjaman lain seperti pinjaman PPBU Bank Rakyat atau pinjaman dan biasiswa daripada kerajaan negeri masing-masing

 

Diharapkan perkongsian ini membantu anda, semoga berjaya!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail