Cara Memohon Pengambilan Kedua (Second Intake) ke Universiti Awam (UA)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 27, 2019, 06:35 pm

Ramai yang tidak berminat dengan kursus pengajian yang ditawarkan atau ada di antaranya yang gagal dalam permohonan UPU. Jangan berputus asa kerana, anda boleh mengemukakan permohonan ke universiti awam bagi pengambilan kedua (second intake) yang melibatkan beberapa buah universiti. Berikut adalah universiti awam yang membuka permohonan second intake pada tahun lepas dan kemungkinan tahun ini mereka akan membuka permohonan semula. 

 

Untuk besarkan imej poster, sila klik poster dan dan zoom. Untuk makluman anda semua, permohonan pengambilan kedua ini BUKAN permohonan rayuan UPU tetapi adalah pengambilan kemasukan kedua ke IPTA yang dibuka untuk ambilan bulan November/Disember (lepasan SPM) dan kemasukan Februari/Mac bagi lepasan STPM/Setaraf setiap tahun. Berikut kami kongsikan senarai keseluruhan universiti awam membuka permohonan. Klik setiap link dan semak tarikh buka/tutup permohonan dari masa ke semasa mengikut universiti yang ingin dipohon. 

 

 

Kepada anda yang berminat, permohonan perlu dibuat di portal rasmi pengambilan pelajar setiap universiti. Tarikh permohonan dibuka bagi setiap universiti juga berbeza. Jadi sentiasa semak di laman rasmi mereka atau terus setia dengan afterschool.my untuk sentiasa mendapatkan info terkini tarikh permohonan. Kami juga akan sentiasa mengemaskini artikel ini dan akan menyenaraikan link untuk permohonan bagi universiti lain apabila permohonan dibuka kelak. Diharapkan perkongsian ini membantu anda!. 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail