logo
logo

    Courses

    Institutions

Sekolah Akan Dibuka Semula Bermula 24 Jun 2020 - KPM

Afterschool

Afterschool

June 11, 2020





Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri memaklumkan tarikh sekolah akan dibuka semula adalah pada Rabu, 24 Jun 2020.

 

 

Walau bagaimanapun, sesi persekolahan tersebut hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan pelajar peperiksaan antarabangsa iaitu kira-kira 500,000 pelajar. 

 

Keputusan berkenaan adalah berdasarkan pandangan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bagi memastikan keselamatan pelajar, KPM telah mengeluarkan garis panduan pengurusan pembukaan semula sekolah yang diedarkan kepada semua sekolah-sekolah seluruh negara. 

 

Sekiranya anda risau mengenai keselamatan anak masing-masing boleh semak garis panduan dengan klik: Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah. Selain itu, anda boleh baca info berkaitan dibawah untuk persediaan menduduki peperiksaan kelak.

 

ARTIKEL BERKAITAN

logo

Company

Students
Get in touch

© 2025 Afterschool. All Rights Reserved.

footer background