Tip Persediaan Menghadapi Peperiksaan SPM yang Wajib Anda Tahu

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 11:59 am

Bersediakah anda untuk mengharungi salah satu ujian paling genting dalam hidup? Ujian ini juga salah satu penentuan siapakah anda pada masa hadapan khususnya kerjaya. Jangan sesekali memandang remeh peperiksaan SPM ini, kerana tanpa keputusan yang baik sukar untuk meneruskan kehidupan. Kalau anda fikir hendak masuk kursus kemahiran pun, wajib mendapat sekurang-kurang 3 kredit. Jadi untuk membantu anda membuat persediaan berikut adalah tip persediaan cara bijak untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak.

  

 

Latihan Tubi

 

Bukan latih tubi senaman, tetapi latih tubi soalan-soalan peperiksaan yang terdahulu, soalan percubaan semua negeri dan soalan-soalan yang menjadi ramalan pakar pengubal soalan. Anda tentu sudah sedia maklum bahawa soalan peperiksaan akan sentiasa berulang selama tempoh 5 tahun. Jadi tidak perlu bersusah payah meramal soalan itu dan ini, rujuk terus soalan peperiksaan yang terdahulu sahaja. Kami pasti, anda akan tersenyum seperti kerang busuk ketika hari peperiksaan kelak. Mana tidaknya soalan yang sama disoal. Mudah sahaja untuk skor bukan?. Untuk dapatkan soalan ramalan pakar pengubal soalan secara PERCUMA, KLIK DISINI.

    

Ulang kaji secara SMART bukan HARD

 

Otak yang letih takkan boleh menyerap ilmu dengan baik. Jika anda mengulang kaji seorang diri secara HARDCORE semestinya tubuh badan anda akan keletihan kerana seakan memaksa otak berfungsi sedangkan otak kita sendiri mempunyai had tertentu. Ibarat perut yang disumbat dengan pelbagai macam makanan tanpa terkawal kemudian memuntahkan segalanya semula. Nak jadi begitu?. Semua usaha selama ini menjadi sia-sia?. Jadi belajar secara SMART. Bagaimana hendak belajar secara SMART?. Contohnya sehari hanya ulangkaji 2 subjek sahaja dan 1 subjek 2 bab. Buat ulang kaji bersama seorang rakan, jangan lebih kerana apa?. Kalau lebih bukan ulang kaji namanya, ulang semula ulangkaji bila balik rumah nanti. Mana taknya asyik bersembang sahaja. Jadi, jika dua orang lebih fokus. 1 jam pertama, baca dan fahami dulu fakta penting. Seorang ambil satu topik. Selepas memahaminya dengan jelas, rehat 15 minit dan teruskan ulang kaji dengan ceritakan semula dengan rakan mengenai topik berkenaan dan sebaliknya. Akhirnya untuk 2 jam pada hari berkenaan anda sudah boleh kuasai 2 topik. Bijak kan?.

    

Pembelajaran melalui Video

 

Pembelajaran melalui video akan memudahkan anda mengingati apa yang berlaku terutamanya subjek yang mempunyai fakta seperti sejarah. Info grafik yang dipertontonkan akan memudahkan anda memahami jalan cerita berbanding jika hanya membaca dan menghafal. Ibarat seperti menonton drama di kaca televisyen. Kita mengingati setiap scene cerita. Siap boleh hafal dialog lagi. Makanya, kenapa anda tidak mahu gunakan teknologi untuk memudahkan anda ketika membuat ulang kaji. Banyak kegunaannya teknologi ini, bukan hanya untuk melayari benda-benda yang mengarut sahaja. Bagaimana untuk mencari video berkenaan?. Boleh layari Youtube. Banyak sahaja video ulangkaji dalam pelbagai subjek. Bijak kan?.

    

Bercakap Seorang Diri

 

Mengulang kaji dengan bercakap seorang diri bukan gila namanya, itu namanya fokus. Kajian memang membuktikan bahawa lebih banyak pancaindera yang kita gunakan, lebih banyak aktiviti di otak kita akan berfungsi dan lebih mudah untuk kita menerima pembelajaran yang sedang kita lakukan itu. Jadi keluarkanlah bunyi untuk memastikan otak anda menjadi aktif. Untuk memahami pula, cuba diam sebentar dan bercakap dalam hati. Owhh kalau begitu jadi begini, kalau begini jadi begitu. Bijak kan?

    

Buat Nota Ringkas

 

Nota ringkas bukan nota panjang. Nota ringkas ini penting supaya anda tidak terlupa point penting. Maklumlah, apabila banyak menggunakan otak selalunya benda yang mudah pun akan lupa. Contoh, pernahkah anda mengalami keadaan dimana lupa ayam dalam bahasa inggeris disebut apa? atau apa sahaja perkataan yang mudah tetapi sekuat mana anda cuba mengingati perkara tersebut tetapi gagal. Pernah?. Haa begitulah juga otak kita. Kadang-kadang gagal berfungsi dengan baik. Oleh itu, buat nota ringkas dengan hanya memasukkan poin-poin penting sahaja. Jangan masukkan semua pula, itu bukan nota ringkas namanya!. Bijak kan?

    

Fokuskan Subjek Merit

 

Apakah subjek berkenaan?. Kenapa perlu berikan keutamaan?. Semua anda mengharapkan untuk masuk ke universiti dan mencapai cita-cita anda bukan?. Untuk masuk ke universiti pelajar perlu bersaing dengan pelajar yang lain untuk merebut kuota tempat yang diletakkan. Tidak semua yang memohon, walaupun layak akan ditawarkan. Bagaimana cara pihak universiti melalui Bahagian Kemasukan Universiti (UPU) membuat saringan pemilihan pelajar?. Caranya adalah dengan menggunakan kaedah meritokrasi iaitu pengiraan merit yang akan membezakan anda dengan pelajar yang lain. PENTING untuk anda tahu. Kaedahnya adalah seperti berikut :

 

pengiraan merit spm upu

 

Pengiraan Merit Pemohon Aliran Sains

 
  • 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.
  •  
  • 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

 

Contoh Langkah Pengiraan

 

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran:

 
  • Bahasa Melayu A+
  • Bahasa Inggeris A+
  • Pendidikan Islam A+
  • Sejarah A+
  • Matematik A+
  • Matematik Tambahan A
  • Fizik A-
  • Kimia A
  • Biologi A

 

Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains):  

  • Matematik A+ = 18
  • Matematik Tambahan A = 16
  • Fizik A- = 14
  • Kimia A = 16
  • Biologi A- = 14 JUMLAH 78
 

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil, contohnya:

 
  • Bahasa Melayu A+ = 18
  • Bahasa Inggeris A+ = 18
  • Pendidikan Islam A+ = 18 JUMLAH 54

 

Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :  

  • Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
  • Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
  • Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
  • Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik) 120 x 90 = (78 + 30)/120 x 90 = 81

 

Pengiraan Merit Aliran Sastera   

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sastera adalah seperti berikut :  

90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :

 

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral

 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

 

Contoh Langkah Pengiraan

 

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:

 

  • Bahasa Melayu (A+)
  • Bahasa Inggeris (A+)
  • Pengetahuan Moral (B+)
  • Sejarah (C+)
  • Matematik (B)
  • Sains (B)
  • Perdagangan (C+)
  • Ekonomi Asas (C)
  • Ekonomi Rumah Tangga (A)

 

Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera):

 

  • Bahasa Melayu A+ = 18
  • Matematik B = 10
  • Sains B = 10
  • Sejarah C+ = 8
  • Pengetahuan Moral B+ = 12

         JUMLAH 58

 

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):

 

  • Bahasa Inggeris A+ = 18
  • Ekonomi Rumah Tangga A = 16
  • Sejarah C+ = 8 JUMLAH 42

 

Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :

 

  • Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
  • Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
  • Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
  • Jumlah Markah Akademik

= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90

= (58 + 23.3)/120 x 90 =  60.9

 

Jadi,  sekiranya rakan anda mendapat keputusan yang lebih baik dalam subjek-subjek lain tetapi anda mendapat keputusan yang baik bagi subjek utama diatas, maka markah merit anda lebih tinggi dan layak untuk mendapat tempat dalam kursus yang dipohon berbanding rakan anda. Jelas semuanya. Jadi bijakkah anda?. Disamping itu juga, kami ingin kongsikan kepada anda buku ulang kaji SPM yang menghimpunkan soalan-soalan peperiksaan analisis pakar dan para pengubal soalan SPM anda. Anda akan ketahui bab yang wajib anda kuasai. Jadi kenapa perlu buang masa. Dapatkan secara PERCUMA sahaja iaitu hanya MUAT TURUN BUKU ULANGKAJI SPM ini.

 

 

Buku ini menghimpunkan soalan daripada 10 buah subjek antaranya bahasa melayu, sejarah, matematik fizik, kimia, matematik tambahan dan banyak lagi. Setiap tahun soalan yang dimuatkan dalam buku ini 90% ditanya dalam peperiksaan SPM!. Apa tunggu lagi muat turun PERCUMA soalan dan Jawapan sekarang dengan KLIK DISINI

 

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh terus mesej kami di facebook/twitter afterschool.my. Akhir kata, sebenarnya banyak lagi tip yang boleh anda praktikkan, tetapi 6 tip ini wajib anda terapkan semasa mengulang kaji sebagai persediaan menghadapi peperiksaan kelak. Bukan sunat tetapi WAJIB. Ingat, cuba kita lihat sekeliling tak semua orang yang rajin itu berjaya dalam hidupnya tetapi majoriti orang yang pandai itu yang berjaya. Mereka menggunakan orang yang rajin untuk bekerja dan menjana keuntungan kepada mereka. Jadi anda mahu jadi orang yang rajin atau orang yang pandai?. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat. SEMOGA BERJAYA!.

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail