Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Mar 15, 2017, 09:34 pm
Peperiksaan SPM bakal berlangsung tidak lama lagi. Namun, apa yang kami ingin sampaikan menerusi artikel ini adalah ketika keputusan SPM diumumkan kelak. Yang mendapat keputusan yang cemerlang tahniah kami ucapkan tetapi bagi yang gagal. bagaimana?. Kepada yang gagal ingat, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin kejayaan untuk berjaya dengan menceburi bidang yang lain.
Semua calon mengharapkan akan memperolehi keputusan yang indah-indah sahaja, jika tidak seakan bala yang akan menimpa mereka. Hakikatnya, akan ada yang menerima keputusan sebaliknya. Apabila perkara ini berlaku, apa tindakan reaksi anda sebagai pelajar sendiri, ibu bapa malah guru-guru, jika anak-anak, pelajar anda tidak memperolehi keputusan yang cemerlang?.
Apabila keluar sahaja keputusan peperiksaan, tak kira SPM, PMR mahupun UPSR, mesti ramai yang bertanya “berapa A dapat?”. Perlu ke masa depan pelajar di ukur dari sudut bilangan A? Perlu ke kejayaan di isytihar berdasarkan jumlah kewujudan huruf A dalam keputusan peperiksaan? Belajar bertahun-tahun, ditentukan dengan menjawab soalan dalam tempoh satu-dua jam sahaja ? Ada antaranya hanya perlu memilih jawapan A, B, C atau D sahaja pula tu. Adilkah itu?. Tidak semua dilahirkan dengan kepandaian akademik tetapi itu tidak bermaksud, mereka tidak boleh berjaya dalam hidup.
Ramai juga dalam kalangan ibu bapa yang menggunakan keputusan anak-anak untuk bermegah. Ya, tidak salah untuk menunjukkan rasa kebanggaan anda terhadap keputusan itu tetapi kenapa perlu membandingkan dengan keputusan anak-anak rakan anda yang lain sehingga ramai juga yang malu untuk memberitahu keputusan anak mereka memandangkan keputusan yang diperolehi tidak begitu cemerlang. Ada sebahagiannya memarahi anak itu tanpa menyedari bahawa anak itu adalah sebaik-baik kurniaan. Kenapa tidak anda tanyakan apakah minatnya dan bantu anak anda menentukan hala tujunya selepas SPM daripada memarahinya?.
Beberapa tahun lalu, seorang gadis berbangsa india menggantung diri akibat tekanan yang diberi oleh keluarga hanya kerana dia mendapat 4A 1B dalam UPSR. Adakah wajar? Hilang akalkah? Baru UPSR. Ini baru satu kes. Banyak lagi kes-kes sebegini berlaku setiap tahun cuma kita tidak peka selagi mana perkara ini tidak berlaku kepada keluarga kita.
Jadi, nasihat kami cuba elakkan bertanyakan soalan “Berapa A?” atau jangan tanya langsung. Gantikan dengan soalan “macam mana keputusan”, "apa hala tuju selepas SPM" atau apa saja yang tidak menyentuh bilangan A. Kurangkan tekanan pada adik-adik ini kerana dengan hanya bilangan A tidak membuktikan bahawa mereka boleh menghadapi segala cabaran yang mendatang. Jauh lagi perjalanan mereka dan sebagai orang dewasa yang pernah melalui detik itu sebelum ini, bantulah adik-adik ini untuk menentukan hala tuju mereka selepas SPM. Berikan kata-kata semangat.
Selain itu, kepada pelajar tanamkan dalam diri anda bahawa usaha itu sememangnya hak manusia tetapi kententuan itu adalah hak Tuhan, tahu erti qadak dan qadar, sedar bahawa kegagalan hari ini bukan bererti gagal selamanya, tanamkan dalam diri rasa syukur atas keputusan yang diperolehi dan kepada ibu bapa, tunjukkan kasih sayang kepada anak-anak ini dan katakan walau apa terjadi mereka tetap anak anda dan berbincang dengannya hala tuju selepas SPM.
Kami di Afterschool juga turut berkongsikan hala tuju untuk adik-adik bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang malah untuk pelajar yang "cemerlang kemahiran" contohnya menerusi artikel Kursus Kemahiran Ditanggung Kerajaan dengan Kelayakan Minimum untuk Lepasan SPM dan Graduan IPT di KISMEC. Klik pautan ini untuk maklumat lanjut. Apa sekali pun keputusan yang diterima esok, hadapi dengan tenang dan jika mahu mengetahui hala tuju selepas SPM berdasarkan keputusan yang diperolehi, boleh terus mengajukan sebarang pertanyaan di laman portal kami di bahagian Soal Jawab. Kami sedia membantu anda menentukan hala tuju anda selepas SPM!.
Perlukan
bantuan?