5 Subjek SPM Wajib Skor Aliran Sastera Kalau Nak Senang Masuk Universiti

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 03:59 am

Peperiksaan SPM akan bermula, sudah bersediakah anda?. Terdahulu kami kongsikan 5 subjek SPM yang wajib pelajar aliran sains skor kalau hendak mudah diterima masuk ke mana-mana kursus pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kelak. Seperti mana yang dijanjikan, menerusi artikel ini kami kongsikan 5 subjek SPM aliran sastera yang wajib pelajar skor. 

 

 

Kenapa 5 subjek ini wajib skor?. Untuk makluman, 5 subjek yang ingin dikongsikan ini penting kerana termasuk dalam kiraan markah merit bagi kemasukan ke IPTA bagi pelajar aliran sastera. Jumlah markah merit inilah yang akan digunakan oleh universiti untuk menyaring permohonan pelajar seterusnya menentukan siapakah yang layak ditawarkan ke sesebuah kursus, tak kiralah sama ada di universiti, matrikulasi, politeknik atau IPTS sekalipun. 5 subjek wajib skor berkenaan adalah seperti berikut :

 

 

Untuk contoh pengiraan markah merit bagi aliran sastera, sila rujuk dibawah :

Pengiraan Merit Aliran Sastera 

90 markah dari 5 mata pelajaran berikut :

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Al–Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pengetahuan Moral
  • 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

 

Contoh Langkah Pengiraan

 

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan pemohon aliran sastera yang mengambil 9 mata pelajaran:

  • Bahasa Melayu (A+)
  • Bahasa Inggeris (A+)
  • Pengetahuan Islam/moral (B+)
  • Sejarah (C+)
  • Matematik (B)
  • Sains (B)
  • Perdagangan (C+)
  • Ekonomi Asas (C)
  • Ekonomi Rumah Tangga (A)

 

Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sastera):

  • Bahasa Melayu A+ = 18
  • Matematik B = 10
  • Sains B = 10
  • Sejarah C+ = 8
  • Pengetahuan Islam/moral B+ = 12
  • JUMLAH 58

 

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sastera):

  • Bahasa Inggeris A+ = 18
  • Ekonomi Rumah Tangga A = 16
  • Sejarah C+ = 8
  • JUMLAH 42

 

Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :

  • Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
  • Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (58 x 90)/90 = 58
  • Markah Mata Pelajaran Terbaik = (42 x 30)/54 = 23.3
  • Jumlah Markah Akademik

= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)/120 x 90

= (58 + 23.3)/120 x 90 = 60.9

 

Jadi, kepada pelajar aliran sastera, kalau dah susah sangat nak perah otak ingat semua benda, tolong fokus pada 5 subjek ini. Kalau boleh pastikan dapat A atau sekurang-kurangnya B pun dah cukup baik. Kalau tak mampu juga pastikan dapat kredit C. Kalau anda skor A dalam 5 subjek yang kami kongsikan ini, anda tak perlu risau gagal dalam permohonan ke universiti kelak. Tak kira dalam kursus apa sekalipun yang dipohon, anda pasti akan berjaya melainkan kalau salah isi borang permohonan.

 

 

Selain itu juga, kami nasihatkan anda untuk memuat turun PERCUMA soalan ramalan SPM berserta jawapan yang diterbitkan oleh afterschool dengan kerjasama guru pakar dan guru pengubal soalan SPM setiap tahun. Kemudian buat latihan dan fokuskan kepada 5 subjek penting tersebut. Jika anda berjaya mendapat 5A dalam semua subjek berkenaan, mohon sahaja ke mana dan dalam kursus apa sekalipun anda pasti akan berjaya!. Untuk artikel perkongsian yang berkaitan, rujuk senarai dibawah. 

 

 

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan kami di afterschool.my mendoakan kejayaan anda dalam peperiksaan kelak!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail