Kesilapan yang Sering Dilakukan & Perlu Dielakkan Semasa Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 18, 2021, 12:16 pm

Tinggal beberapa hari saja lagi peperiksaan SPM akan bermula. Subjek penting yang pertama adalah Bahasa Melayu. Ramai menganggap subjek ini tidak perlu diberi terlalu penekanan. Maklum sahajalah, hari-hari bercakap bahasa Melayu. Jangan terlalu yakin kerana ramai pelajar yang telah 'berjaya' mendapat markah rendah selepas keputusan diumumkan. Bagi mengelakkan anda membuat kesilapan yang sama, berikut kami kongsikan kesilapan yang sering dilakukan dan tip untuk mengatasinya.

 

 

Baca Soalan dengan Tergopoh-gapah

Jika subjek Bahasa Melayu adalah first paper anda, kami faham perasaan nervous tu memang tak boleh nak dielakkan sama sekali. Tetapi anda kena bertenang, baca soalan dengan teliti dan pastikan anda faham kehendak soalan terutamanya soalan Kertas 2. Kalau kurang faham boleh angkat tangan dan bertanya kepada pengawas yang bertugas. Setakat tanya soalan takkan menjadi masalah, bukannya anda bertanya jawapan pun. Jadi, jangan sesekali takut untuk bertanya melainkan anda tak takut jika salah menjawab soalan yang diajukan (lari topik) dan mendapat markah 0.

 

Tidak Menyenaraikan Isi-Isi Penting

Ramai yang dapat sahaja soalan terus dengan yakinnya menulis jawapan. Acah-acah multitasking, kononnya menulis sambil berfikir. Kalau anda menjawab soalan dengan cara begini, isi-isi karangan yang ditulis tidak akan tersusun dengan baik mengikut susunan isi-isi yang paling bagus. Jadi, sila fahamkan kehendak soalan terlebih dahulu, kemudian senaraikan isi-isi penting (idea) di atas kertas berserta contoh. Kemudian susun idea-idea tersebut bermula dengan isi-isi paling penting terlebih dahulu, barulah diakhiri dengan isi-isi yang kurang penting. Barulah boleh jawab soalan dengan lancar. Ini mana hendak menulis mana hendak berfikir lagi. Itu yang macam nak tercabut tangan bila masa menjawab hampir tamat. 

 

Terus Tulis Karangan

Ini perangai pelajar yang terlebih yakin untuk skor A. Itu yang yakin sangat sampai tulis rangka karangan pun tidak. Rangka (outline) sangat penting untuk pastikan karangan yang ditulis tersusun dan mudah untuk difahami oleh pemeriksa kelak. Mulakan dengan pendahuluan, diikuti isi-isi penting (isi, huraian, contoh) dan akhir sekali penutup. Selesai merangka outline barulah boleh menulis dengan lancar. Bukan sambil menulis baru nak fikir idea. Itu yang menyebabkan karangan tak siap atau berterabur.

 

Pendahuluan & Penutup Karangan Tidak Seiring Topik

Pastikan pendahuluan karangan dan penutup (kesimpulan) adalah jawapan kepada persoalan yang diajukan. Apabila anda mula menulis karangan, pendahuluan boleh diambil daripada soalan yang diajukan kemudian, diakhiri dengan menyenaraikan isi-isi penting. Kalau 3 isi yang akan dihuraikan, senaraikan ketiga-tiganya. Contoh soalan kertas 2 bahagian B.

 

 

Pendahuluan dimulakan dengan : Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menjamin kesihatan ahli keluarga. Terdapat 3 langkah-langkah yang patut diambil oleh ibu bapa untuk menjamin kesihatan ahli keluarga iaitu (senaraikan 3 langkah tersebut).

 

Mudah bukan?. Salin semula soalan dan tukar ayat sahaja. Tak perlu nak bersusah payah fikir pendahuluan yang merapu atau mengingat fakta-fakta yang menyusahkan diri. Markah sama sahaja, asalkan betul dan sesuai dengan isi-isi yang akan dihuraikan kelak. Manakala penutup (kesimpulan) pula, senaraikan sekali lagi isi-isi penting yang digunakan. Jangan sesekali masukkan contoh pula. Senaraikan sahaja. 

 

Menggunakan perkataan 'shortform'

Jangan terlalu mengikut trend media sosial seperti wechat, whatsApp dan sebagainya semasa menjawab soalan. Tidak kiralah subjek mana sekalipun. Gunakan ayat yang lengkap dan penuh. Jangan terbawa-bawa cara penulisan di media sosial ketika menduduki peperiksaan. Contohnya, 'yang' dipendekkan menjadi 'yg'.  

 

Menulis Terlalu Banyak Patah Perkataan

Lagi banyak tulis, lagi banyak salah. Bukan lagi banyak tulis, lagi banyak markah ye. Untuk karangan Bahagian A, jumlah patah perkataan sudah dinyatakan secara terang-terangan iaitu antara 200 hingga 250 patah perkataan sahaja manakala Bahagian B, perlu melebihi 350 patah perkataan. Tetapi jangan terlebih pula, 350 tepat pun sudah cukup. Jangan nak gigih sangat tulis berhelai-helai kertas. Buang masa dan pemeriksa pun naik bosan kalau terpaksa membaca karangan yang panjang.

 

Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat persediaan dengan baik kelak. Pastikan anda skor dengan cemerlang kerana subjek BM termasuk dalam kiraan mata merit bagi kelayakan masuk ke universiti kelak. Selain itu, anda boleh klik senarai artikel berkaitan dibawah dan KLIK DISINI untuk muat turun PERCUMA soalan ramalan SPM FEB 20201 dan tip untuk cemerlang dalam 10 subjek penting termasuk BM. Semoga berjaya!.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail