5 Subjek Wajib Skor Aliran Sains SPM Kalau Nak Mudah Masuk Universiti

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 01:10 am

5 subjek SPM manakah yang wajib difokuskan untuk memudahkan laluan pelajar dalam permohonan ke kursus pilihan masing-masing di IPTA kelak?. Kenapa subjek-subjek ini sangat penting?. 5 subjek yang ingin dikongsikan ini penting kerana ianya termasuk dalam kiraan markah merit bagi pemilihan kemasukan ke IPTA bagi pelajar aliran sains mengikut kaedah meritokrasi.

 

Jumlah markah merit inilah yang akan digunakan oleh universiti untuk menyaring permohonan pelajar seterusnya menentukan siapakah yang layak mengisi tempat bagi sesebuah kursus yang ditawarkan, tak kiralah sama ada di universiti, matrikulasi, politeknik atau IPTS sekalipun. 5 subjek wajib skor berkenaan adalah seperti berikut :

 

 

Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan 1 subjek lain contohnya Biologi atau boleh rujuk senarai subjek lain diatas. 5 subjek ini penting seperti mana yang kami terangkan kerana ianya termasuk dalam pengiraan merit iaitu 90% markah akademik dan ditambah lagi dengan 30% markah, diambil dari 3 subjek terbaik bagi semua subjek SPM yang diambil. berikut dikongsikan contoh subjek dan kaedah kiraan markah merit pelajar kelak :

 

Pengiraan Merit  Aliran Sains

 

  • 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
    • Matematik
    • Matematik Tambahan
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan.
  • 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.

 

Contoh Langkah Pengiraan

 

Langkah pertama, andaikan keputusan peperiksaan korang yang mengambil 9 mata pelajaran:

  • Bahasa Melayu A+
  • Bahasa Inggeris A+
  • Pendidikan Islam A+
  • Sejarah A+
  • Matematik A+
  • Matematik Tambahan A
  • Fizik A-
  • Kimia A
  • Biologi A

 

Langkah kedua, kira markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains):

  • Matematik A+ = 18
  • Matematik Tambahan A = 16
  • Fizik A- = 14
  • Kimia A = 16
  • Biologi A- = 14 
  • JUMLAH 78 

 

Langkah ketiga, kira markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil, contohnya:

  • Bahasa Melayu A+ = 18
  • Bahasa Inggeris A+ = 18
  • Pendidikan Islam A+ = 18 
  • JUMLAH 54 

 

Langkah keempat, campur markah keseluruhan seperti berikut :

  • Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik
  • Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
  • Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30
  • Jumlah Markah Akademik = (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik) 120 x 90 = (78 + 30)/120 x 90 = 81

 

Jadi, apa yang hendak ditekankan menerusi artikel ini, tak kiralah pelajar mendapat berapa A sekalipun tetapi  jika 5 subjek ini mereka tidak skor, keseluruhan markah merit yang terkumpul akan menjadi rendah dan kemungkinan yang tinggi, pelajar akan gagal merebut tempat untuk kursus pengajian pilihan di universiti kelak.

 

 

Kami beri contoh, katakan anda mendapat 5A tetapi bukan dalam kalangan 5 subjek berkenaan dan anda tersangat yakin akan berjaya dalam permohonan ke universiti kelak. Maaf tolong lupakan angan-angan tersebut kerana, walaupun anda berjaya mendapat 5A tetapi bukan dalam kalangan 5 subjek berkenaan, peluang sangat tipis untuk berjaya dalam permohonan ke universiti. Sebab itulah, ramai yang dapat A tetapi gagal dalam permohonan ke universiti.

 

Jadi, mahu tidak mahu anda sebagai pelajar aliran sains perlu memberi fokus kepada 5 subjek berkenan. Untuk pelajar aliran sastera, boleh klik untuk semak 5 subjek wajib skor aliran sastera dalam SPM.

 

 

Selain itu, pelajar dinasihatkan untuk semak koleksi soalan sebenar SPM berserta jawapan. Kemudian buat latihan dan fokuskan kepada 5 subjek berkenaan. Jika pelajar berjaya mendapat 5A dalam subjek berkenaan, mohon sahaja ke mana dan dalam kursus apa sekalipun korang akan berjaya!. Semoga perkongsian ini membantu. Untuk artikel perkongsian yang berkaitan, rujuk senarai dibawah. 

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail