Peminjam PTPTN Pendapatan RM4000 & Ke bawah Diberi Tempoh 10 Hari Kemas Kini Data Tangguh Bayaran

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 16, 2018, 01:51 am

Dimaklumkan, peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih mempunyai baki pinjaman perlu mengemaskini maklumat pendapatan bermula hari ini sehingga 25 Julai sekiranya berniat untuk membuat penangguhan bayaran balik pinjaman seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 Pakatan Harapan.

 

Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan bercakap dalam sidang media di Menara PTPTN, meminta peminjam supaya mengemaskini data pendapatan masing-masing secara atas talian menerusi portal rasmi PTPTN sebelum penangguhan bayaran balik dilaksanakan kelak sebaik kajian teliti selesai dilakukan.

 

Sekiranya peminjam gagal mengemas kini maklumat dalam tempoh yang diberikan, PTPTN menganggap peminjam tidak berhasrat memohon penangguhan. Selain maklumat pendapatan, peminjam perlu mengemas kini maklumat penting seperti alamat, nombor telefon dan e-mel.

 

Wan Saiful turut meminta bantuan agensi terlibat seperti Kementerian Kewangan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai maklumat pendapatan peminjam membantu dari segi perkongsian data bagi memudahkan proses berkenaan kelak.

 

 

Pihak PTPTN memaklumkan juga bahawa, pihak mereka menghadapi kekangan untuk mendapatkan data berikutan semua maklumat dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Oleh itu, beliau berharap agensi terlibat membantu PTPTN dan peminjam sendiri mengemaskini maklumat mereka. Jika tidak, PTPTN menganggap mereka tidak berniat membuat penangguhan balik pinjaman. Jadi jangan lupa untuk mengemaskini maklumat masing-masing. Untuk membuat kemaskini maklumat pendapatan, anda boleh klik pada artikel perkongsian berikut : Semak Langkah Kemaskini Maklumat Pendapatan PTPTN untuk Tangguh Bayaran Balik Pinjaman.

Untuk artikel lain berkaitan PTPTN, boleh rujuk senarai dibawah :

Janji Kerajaan Baru Pakatan Harapan untuk Peminjam PTPTN yang Wajib Anda Tahu!

Cara Buat Pembayaran Pinjaman PTPTN Selepas Tamat Pengajian

Cara Bayar Hutang PTPTN di 7Eleven

Senarai Hitam Peminjam PTPTN telah Dihapuskan Sepenuhnya

Peminjam PTPTN Kekal Tersenarai dalam CCRIS Walaupun Senarai Hitam Imigresen telah Dihapuskan

Cara Menyemak Tawaran & Tunaikan Wang Pendahuluan PTPTN

Ketahui Punca Utama Pinjaman PTPTN Ditarik Balik atau Disekat!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail