Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 16, 2018, 03:32 am
Untuk memudahkan anda membuat kemaskini maklumat pendapatan, berikut kami kongsikan cara untuk mengemaskini. Langkah pertama, sila layari laman rasmi PTPTN di pautan berikut : https://www.ptptn.gov.my/
Langkah kedua, klik pada kemaskini maklumat pendapatan : https://www.ptptn.gov.my/akuanpendapatan/
Langkah ketiga, anda dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan & nombor pinjaman PTPTN masing-masing. Jika tidak ingat no pinjaman, boleh ikuti panduan untuk mendapatkan nombor pinjaman dibawah secara online atau boleh hubungi PTPTN bagi membuat semakan.
Langkah keempat, kemaskini maklumat yang diminta dengan lengkap. Kemudian "HANTAR".
Kalau anda ada masalah untuk mendapatkan nombor pinjaman PTPTN masing-masing, boleh klik link dan ikut panduan dibawah. Suka diingatkan, kalau menggunakan Dekstop, pastikan anda gunakan firefox browser yang terkini. Kalau browser lain tak boleh hendak akses untuk dapatkan nombor pinjaman. Kalau menggunakan mobile, boleh teruskan. Tiada masalah.
1. Layari : http://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman/ dan masukkan no KP masing-masing
2. Klik semak
3. Isi kad pengenalan dan kata laluan anda. Kalau lupa kata laluan, klik pada "terlupa kata laluan". Kemudian isi maklumat dan kata laluan yang baru akan dihantar ke emel yang didaftarkan semasa membuat pinjaman PTPTN dulu. Semak emel untuk dapatkan kata laluan yang baru.
4. Apabila sudah masuk ke laman maklumat pinjaman, Klik "penyata baki"
5. Klik pada "semakan nombor pinjaman" dan selesai
Akhir kata, kami nasihatkan anda supaya membuat kemaskini dengan segera jika ingin memohon penangguhan. Selepas tarikh tutup sudah tidak dilayan.Semoga perkongsian ini membantu.
Perlukan
bantuan?