Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 27, 2018, 08:34 am
Seramai 429,945 telah disenarai hitam oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum ini telah selesai dikeluarkan daripada senarai hitam tersebut sepenuhnya pada 8 Jun lalu, dua minggu lebih awal dari jangkaan 15 Jun.
Selepas selesai proses pemutihan secara berperingkat sejak 24 Mei lalu itu, seramai 1.8 juta peminjam yang masih tidak selesai membuat bayaran balik pinjaman tidak akan menghadapi masalah lagi jika hendak ke luar negara, memperbaharui atau membuat pasport baharu tanpa sekatan imigresen.
Perkembangan itu dilihat telah berjaya menunaikan janji 100 hari manifesto kerajaan kepada semua peminjam PTPTN pada PRU14 yang lalu. Dalam manifesto janji berkenaan berkaitan PTPTN, terdapat 3 janji utama yang akan ditunaikan dalam tempoh 100 hari iaitu :
Dalam 3 janji berkenaan, terdapat 1 lagi janji yang telah ditangguhkan iaitu peminjam yang memperolehi gaji RM4,000 dan kebawah masih perlu membuat bayaran balik pinjaman.
Sementara itu, PTPTN turut mengumumkan akan menutup sepenuhnya kaunter di KLIA2 bermula 1 Julai depan kerana sudah tiada lagi keperluan untuk semakan pelepasan senarai hitam Jabatan Imigresen jika hendak ke luar negara. Jadi bergembiralah kepada anda yang telah dikeluarkan dari senarai hitam tersebut. Jangan dilupa juga untuk membuat bayaran balik baki pinjaman yang belum selesai, jika tidak nama anda akan tersenarai dalam rekod buruk CCRIS yang bakal menyukarkan anda membuat pinjaman sekiranya ingin membeli rumah, kereta, hartanah dan sebagainya. Suka juga kami ingin kongsikan berkaitan dengan isu PTPTN dibawah :
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa bayar HUTANG ye!.
Perlukan
bantuan?