Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 24, 2019, 08:21 am
Kementerian Pendidikan memaklumkan, 38 buah program pengajian di universiti awam telah dibubarkan kerana dikatakan tidak relevan dengan pasaran tenaga kerja yang memasuki era revolusi 4.0. Persoalan yang timbul disini, adakah benar ke semua kursus ini sudah tidak relevan atau ada alasan lain kenapa ianya dibubarkan?. Bagaimana pula dengan masa depan pelajar yang masih dalam pengajian dan graduan yang telah pun menamatkan pengajian?. Berikut kami kongsikan senarai penuh kursus pengajian yang telah dibubarkan di 19 buah universiti.
Universiti Malaya (UM)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
Melihat kepada senarai diatas, kebanyakkan adalah kursus sains dan kejuruteraan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kursus yang masih relevan dalam pasaran kerja semasa contohnya kejuruteraan rangkaian komputer, ekonomi kewangan, animasi dan ludologi, teknokeusahawanan. Jadi, adakah alasan yang diberikan oleh KPM itu boleh diterima atau ada alasan lain yang disembunyikan?.
Rata-rata pihak yang bekerja dalam bidang pengajian tinggi mengatakan salah satu punca pembubaran kursus-kursus ini adalah disebabkan oleh kurangnya permohonan pelajar ke kursus dan di universiti berkenaan. Hal ini menyebabkan kerugian kepada pihak universiti untuk menampung kos bagi sesebuah kursus contohnya membayar tenaga pengajar yang hanya mungkin mengajar 10-15 orang sahaja pelajar dalam satu-satu kursus. Adakah kekurangan pelajar yang memohon berpunca dari kurangnya pendedahan mengenai potensi kursus sehingga ianya gagal menarik minat mereka?.
Walau apa sekalipun penyebabnya, kami beranggapan kenyataan yang dikeluarkan ini menimbulkan kebimbangan kepada pelajar dan graduan dalam kursus pengajian berkenaan. Sudah tentu mereka akan tertekan dan berpendapat tidak ada guna untuk teruskan pengajian jika masa depan dilihat kabur selain membuang masa dan duit. Jangan terkejut juga jika ramai pelajar yang mungkin selepas ini membuat keputusan untuk berhenti belajar. Adakah ada peluang lain untuk mereka, misalnya kelonggaran menukar ke kursus pengajian lain yang bersesuaian dengan kelayakan akademik masing-masing?.
Kami faham pihak KPM mahu mengelakkan pelajar memohon ke kursus yang tidak relevan dengan pasaran kerja dan hakikat tersebut perlu diterima oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang-bidang berkenaan sama ada pengajar atau pelajar. Tetapi sekali lagi, adakah kursus yang dibubarkan ini semuanya sudah tidak relevan?, Jika ya, adakah pihak universiti mempunyai inisiatif lain bagi membantu pelajar seperti kelonggaran untuk menukar ke kursus lain?.
Jika tiada sebarang inisiatif yang dibuat, ianya dilihat sebagai tidak adil untuk mereka kekal dalam kursus yang sama dan mungkin bakal menjadikan mereka penggangur terhormat kelak. Adakah anda sependapat dengan kami?. Jika ya, kongsikan artikel ini supaya pihak atasan dapat membuka mata mereka untuk membantu terutamanya pelajar yang sedang dalam pengajian. Sementara itu, untuk menyemak senarai bidang pengajian yang SENANG DAPAT KERJA, sila KLIK DISINI.
Perlukan
bantuan?