Tarikh Rasmi Keputusan SPM Diumumkan & Cara Semakan Secara Online, SMS

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Apr 26, 2021, 03:40 am

Tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Bila tarikh rasmi Keputusan SPM akan diumumkan?. Berdasarkan video daripada Timbalan Menteri Kanan Pendidikan, peperiksaan SPM akan diumumkan pada 10 Jun 2021. Ini bertepatan dengan ramalan kami dimana sebelum 18 Jun keputusan SPM akan diumumkan memandangkan pendaftaran untuk SPM Ulangan tutup pada 18 Jun 2021.  

 

 

Calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah berikut: 

i. Secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh 

ii. Menerusi perkhidmatan SMS untuk mendapatkan ringkasan keputusan SPM 2020 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 68886.

 

 

Perkhidmatan ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 10 Jun 2021 sehingga pukul 6.00 petang pada 17 Jun 2021. Jadi, apa persediaan anda sebelum keputusan diumumkan nanti?. Takkan tunggu sahaja tanpa berbuat apa-apa kan?. Berikut kami kongsikan artikel berkaitan yang boleh membantu anda membuat persediaan sementara menunggu keputusan SPM terutamanya dalam pemilihan institusi untuk melanjutkan pengajian kelak.

 

 

Selain senarai artikel diatas, suka juga kami hendak kongsikan e-book panduan memilih IPTS terbaik di Malaysia sekiranya anda gagal dalam permohonan ke IPTA. Tak salah memilih ke IPTS tetapi bagaimana hendak pastikan IPTS tersebut adalah pilihan yang tepat. Boleh klik gambar dibawah untuk ke laman muat turun e-book panduan ini secara PERCUMA.

 

 

Semoga perkongsian kami membantu anda membuat keputusan yang bijak sebelum memilih laluan selepas SPM.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail