Jadual Waktu Peperiksaan SPM Ulangan (SPMU)

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 19, 2018, 08:12 am

Hebahan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melalui Kementerian Pendidikan Malaysia, jadual peperiksaan SPM ulangan bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik telah dimuat naik di laman rasmi LPM. Manakala bagi subjek lain, peperiksaan ulangan akan dilaksanakan pada tarikh dan masa yang sama dengan pelajar SPM tahun ini.

 

 

Untuk makluman anda, sesiapa sahaja yang pernah mengambil SPM sebelum ini boleh mendaftar dan mengambil semula peperiksaan berkenaan bagi tujuan memperbaiki keputusan. Pendaftaran hanya dibuka sekali sahaja setahun iaitu sepanjang bulan Mac setiap tahun (Bagi tahun ini berbeza akibat covid pendaftaran dibuka bermula 17 Mei 2021 hingga 18 Jun 2021). Pendaftaran itu melibatkan semua subjek tidak kira sama ada SPM ulangan bulan Jun atau bulan November. Untuk semak jadual penuh peperiksaan SPM ulangan 2021, sila klik : JADUAL WAKTU SPM ULANGAN.

 

Bagi anda yang tidak pernah mengambil SPM sebelum ini dan tidak memiliki sebarang kelayakan tidak kiralah PMR/PT3, UPSR, anda layak untuk memohon menduduki SPM pada bulan November sebagai calon persendirian. Permohonan wajib dibuat dalam tempoh yang sama iaitu sepanjang bulan Mac setiap tahun (disebabkan covid rujuk pendaftaran mengikut tarikh diatas). Untuk info lanjut berkaitan SPM calon persendirian, calon ulangan, borang pendaftaran, panduan pendaftaran dan sebagainya boleh rujuk artikel dibawah :

 

ARTIKEL BERKAITAN

 

SEMOGA BERJAYA!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail