Tips Last Minit Skor A dalam Subjek Sejarah SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Feb 17, 2022, 10:44 am

Minggu pertama peperiksaan SPM adalah subjek penting yang akan menentukan korang layak lulus dan mendapat sijil SPM atau sebaliknya. Jadi tanpa buang masa, kami kongsikan tips last minit untuk skor A dalam subjek sejarah. 

 

Tonton Video

Tak perlu buang masa baca nota ye, sekarang bukan masanya dah. Kalau nak mudah faham sila tonton video di youtube berkaitan bab-bab dalam subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Salah satu video yang paling bagus di Youtube adalah video yang diterangkan oleh Izzue Islam. Ye artis tu. Memang sangat menarik selain mudah difahami dan diingati. Nanti time exam korang mesti terbayang dan gerenti boleh jawab soalan yang ditanya. Untuk tonton video, korang boleh klik video-video yang kami senaraikan dibawah. Untuk video bab lain boleh cari sendiri di youtube tu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota kecil dan Ringkas

Nota ni sebenarnya dah tak relevan kalau korang memang tak buat dari awal lagi. Cara paling mudah adalah dengan cari nota sejarah sedia ada di internet iaitu di website slideshare.com. Memandangkan Slideshare Subjek Sejarah yang dikongsikan korang tak boleh nak copy, cara paling mudah korang boleh buka slideshare dengan menggunakan telefon masing-masing. Kemudian, screenshoot semua slides tersebut. Senang kan?. Gunakan teknologi, takkan tu pun nak kena ajar.

 

Voice Notes Menggunakan Aplikasi WhatApps

Kalau baca sahaja memang susah nak masuk dalam kepala otak tu. Jadi, korang boleh voice notes dengan kawan-kawan rapat menggunakan aplikasi WhatApps. Buat group ke, setiap sorang cover 1 bab. Nanti sebelum tidur dengar balik voice notes tu kalau nak refresh semula topik-topik sejarah tadi. Mudah kan? Sambil bercerita tu buat la lawak sikit supaya member yang dengar akan lebih mudah ingat dan tak boring. 

 

Buat Soalan Sejarah

Terakhir dan paling penting adalah jawab soalan-soalan sejarah tahun-tahun sebelumnya dan soalan ramalan. Mungkin korang dah buat latihan sebelum ni cuma kalau ada yang belum download, boleh klik untuk download soalan ramalan sejarah yang digubal oleh guru pakar pengubal soalan SPM setiap tahun, sila download sekarang!. Free sahaja bukan kena bayar pun. Lepas buat tips yang kami kongsikan di atas tu, korang boleh jawab soalan untuk make sure korang familiar dengan soalan tersebut dan boleh jawab dengan baik selain untuk mengelakkan korang confuse dengan pilihan jawapan yang diberikan.

 

 

Akhir kata, semoga berjaya kami ucapkan. Jangan gelabah buat yang terbaik okay! Baca juga artikel berkaitan dibawah.

 

ARTIKEL BERKAITAN

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail