Semak Keputusan Matrikulasi Rayuan dan Laluan Lain untuk Sambung Belajar Jika Gagal dalam Permohonan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Aug 09, 2021, 01:10 am

Keputusan matrikulasi rayuan diumumkan pada hari ini. Berikut adalah hebahan dan panduan semakan keputusan rayuan ke matrikulasi.

 

keputusan calon jaya rayuan matrikulasi sumber kementerian pendidikan malaysia

Sumber : Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

 

Untuk panduan semakan boleh rujuk dibawah :

cara semak keputusan rayuan matrikulasi. Sumber :  Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) matrikulasi

Sumber : Laman web rasmi Kementerian Pendidikan, Bahagian Matrikulasi KPM

 

Kepada yang berjaya tahniah diucapkan. Bagi yang gagal dalam permohonan ke mana hala tuju korang selepas ini?. Menerusi artikel ini, kami kongsikan antara laluan yang boleh dipilih selain kelebihan dan kelemahan setiap laluan.

 

Mohon second Intake Universiti Awam

Setiap tahun permohonan second intake dibuka pada bulan Ogos sehingga September. Kemungkinan tahun ini permohonan akan ditangguh ke bulan Oktober sehingga November. Antara universiti awam yang membuka permohonan second intake universiti awam adalah UiTM, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan banyak lagi. Walau bagaimanapun permohonan bukan dibawah UPUONLINE tetapi terus di laman rasmi permohonan setiap universiti.

 

Kelebihan jika sambung belajar ke UA sudah tentu merasa suasana pembelajaran di kampus. Tetapi sekarang musim covid dan mungkin akan mengambil masa yang lama untuk pulih. Kemungkinan sepanjang pengajian, korang belajar secara online dari rumah sahaja. 

 

Selain itu, selepas tamat pengajian boleh cari kerja dengan sijil diploma untuk mendapatkan pengalaman sebelum rancang semula untuk sambung ke peringkat degree. Kebanyakan majikan menerima permohonan kerja daripada lepasan diploma berbanding lepasan pra universiti lain seperti STPM, Matrikulasi walaupun mempunyai pengiktirafan yang sama. Kenapa? Ini kerana lepasan diploma mempunyai pengalaman kerja semasa latihan praktikal di akhir tahun pengajian. 

 

Kelemahannya pula, pinjaman pendidikan yang terpaksa dibuat untuk menampung pengajian. Sebagai contoh pinjaman PTPTN, sekiranya korang berjaya tamatkan pengajian diploma di kelas pertama sekalipun, pinjaman berkenaan takkan ditukar menjadi biasiswa seperti mana pinjaman PTPTN di peringkat degree. Jadi hutang semasa pengajian diploma wajib dibayar walaupun memperolehi keputusan cemerlang. 

 

Selepas tamat diploma, sambung pula ke degree dan bertambah lagi hutang pendidikan yang ada. Tamat pengajian, perlu membayar hutang tunggakan diploma dan hutang semasa degree jika tidak tamat pengajian kelas pertama. Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu, ramai syarikat yang bankrap akibat pendemik ini dan ramai menganggur walaupun mempunyai pengalaman. Tempoh pengajian yang lama berbanding laluan pra universiti yang lain iaitu 3 tahun diploma, kemudian sambung degree 3-4 tahun lagi.  Jadi, adakah korang rasa berbaloi sambung belajar diploma di universiti awam?

 

Sambung ke Tingkatan 6

Tingkatan 6 adalah pilihan bagi korang yang fikirkan keselamatan dengan keadaan pendemik yang melanda negara sekarang. Tingkatan 6 ni ramai yang mengelak untuk masuk disebabkan terpaksa balik semula ke sekolah walaupun sekarang etika pakaian adalah bebas tidak seperti dulu yang perlu memakai pakaian seragam. Itu sahaja alasan kebanyakan pelajar sebenarnya. 

 

Banyak kelebihan tingkatan 6 ini, antaranya adalah sijil diiktiraf sehingga ke luar negara. Boleh mohon sambung belajar menggunakan kelayakan STPM di luar negara. Banyak juga negara yang terima lepasan STPM antaranya United Kingdom, Australia dan lain-lain sama seperti matrikulasi. 

 

Jika masuk ke tingkatan 6 juga korang tak perlu habiskan duit dengan membuat pinjaman pendidikan. Pinjaman yang dibuat sekali sahaja iaitu semasa melanjutkan pengajian di peringkat degree nanti. 

 

Selain itu, persaingan untuk masuk ke universiti awam selepas tamat pengajian sangat rendah. Ini kerana, semua universiti meletakkan kuota tertentu untuk kemasukan setiap lepasan pra universiti termasuk jumlah kuota untuk terima pelajar dari lepasan tingkatan 6, matrikulasi, diploma dan sebagainya. 

 

Bagi lepasan pra universiti lain, persaingan sangatlah sengit kerana terlalu ramai pelajar lepasan berkenaan yang memohon dan mereka ini terpaksa bersaing sesama sendiri untuk merebut tempat yang ditawarkan oleh UA sedangkan tingkatan 6 tidak ramai yang memohon memandangkan jumlah pelajar juga tidak seramai lepasan pra universiti yang lain. Jadi disebabkan itulah, majoriti pelajar tingkatan 6 ini, akan berjaya ditawarkan ke universiti walaupun pointer yang diperolehi rendah atau cukup makan sahaja. Ditambah pula, terdapat 20 degree eksklusif untuk lepasan STPM yang ditawarkan oleh universiti awam

 

Mohon diploma atau foundation di IPTS

Laluan yang korang boleh pilih adalah dengan memohon ke IPTS. Ramai juga yang masih ragu-ragu dengan kualiti pembelajaran di IPTS selain beranggapan bahawa kos pengajian yang mahal, keluarga kurang mampu malah ada yang menganggap IPTS ini standardnya lebih rendah berbanding UA. Semua itu hanya persepsi sahaja sedangkan sudah terbukti ramai graduan IPTS lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding graduan UA

Selain itu, di IPTS juga terdapat banyak biasiswa ditawarkan selain diskaun daripada pihak universiti. Tempoh pengajian pula biasanya 2 tahun setengah sahaja berbanding kerajaan 3 tahun. Antara IPTS yang berkualiti dan terbaik di Malaysia adalah MMU, MSU, LIM KOK WING, IUKL, UNITEN, UTP dan banyak lagi. 

 

Bagi yang takut jika tersalah memilih IPTS, anda boleh baca tip memohon ke IPTS terbaik. Untuk yang ingin menyemak senarai penuh IPTS yang menawarkan kursus pengajian yang diminati, layari laman rasmi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Boleh klik senarai IPTS berserta program pengajian yang ditawarkan, yuran pengajian, tempoh pengajian dan sebagainya.

 

Sekiranya anda masih kurang pasti IPTS manakah yang paling terbaik sesuai dengan kursus yang ingin diambil. Boleh dapatkan nasihat kaunselor pendidikan secara PERCUMA secara online dengan set appointment bersama KAUNSELOR AFTERSCHOOL.

 

Akhir kara, fikirkanlah sebaiknya mana laluan yang lebih baik. Jangan berputus asa kerana kegagalan hari ini adalah semangat untuk berjuang pada hari esok. Semoga perkongsian ini membantu korang!. All the best!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail