Are you an international student?
Visit the International Students section on our website to find out the latest news and everything you need to know about studying in Malaysia.
Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 14, 2016, 12:47 pm
Tip menulis resume ini dikongsikan oleh Dr Mahaletchumy Arujanan, pemenang anugerah Biotech berkongsi 14 tips bagaimana untuk menulis resume.
Bagi mereka yang sudah mempunyai pengalaman bekerja, jangan bercerita tentang rutin kerja seharian, sebaliknya berceritalah tentang pencapaian kamu semasa kamu bekerja di tempat lama.
Walau bahasa apa pun yang kamu gunakan, pastikan kamu gunakan tatabahasa dengan betul. Kebanyakan majikan tidak menerima resume yang tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
Setiap resume perlu meletakkan segala maklumat yang lengkap, dengan kemampuan kerja serta tugas minor kamu sebagai pekerja.
Dalam resume anda, anda harus meletakkan kebolehan kamu sebagai daya tarikan kamu kepada majikan.
Terhadkan muka surat resume kamu sebanyak 2 muka surat, kecuali jika kamu memohon kedudukan tinggi dalam akademik bagi tujuan meletakkan hasil kajian.
Anda perlu beritahu ko-kurikulum anda yang cemerlang untuk menunjukkan kepimpinan anda. Tidak perlu letak semua penyertaan kerana pihak majikan hanya mahu melihat anda mampu memimpin atau bekerjasama secara berpasukan.
Sertakan dengan anugerah yang kamu menangi, sama ada anugerah kajian, atau biasiswa bagi menunjukkan pencapaian anda diiktiraf.
Adalah penting untuk memberitahu tempat latihan industri anda semasa anda di universiti, kerana dari situ pihak majikan dapat melihat kebolehan anda. Tetapi anda harus menyatakan pencapaian, dan bukan tugas (rujuk tips pertama).
Elakkan menggunakan adjektif yang generik seperti "mampu bekerjasama secara berpasukan" atau "mempunyai daya kepimpinan yang tinggi" sebaliknya hanya menggunakan pencapaian dan anugerah kamu sebagai bukti daya kebolehan kamu.
Kebanyakan calon menulis perancangan jangka pendek mereka seperti "mencari kerja yang memenuhi kebolehan saya untuk syarikat ini". Itu menunjukkan kamu tidak berpandangan jauh.
Ramai yang menganggap mengarang resume adalah perkara yang boleh dilakukan secara cepat. Tetapi ia memerlukan penilaian diri yang memerlukan kita memikirkan secara mendalam tentang kemampuan serta apa yang mahu kita capai dengan kerjaya ini.
Terdapat ramai yang menghantar resume untuk memohon kerja, bagaimana kamu ingin bersaing dengan lain jika resume kamu lebih kurang sahaja seperti yang lain?
Meletakkan kebolehan komputer seperti "PowerPoint" atau "Microsoft Words" adalah kemahiran biasa pada zaman ini. Pelajar sekolah rendah pun membuat tugasan dengan ini. Sebaliknya gunakan seperti "Google Analytics" atau "Wordpress" sebagai kemahiran yang lebih dihargai.
Lengkapkan resume anda dengan maklumat tambahan seperti blog, media sosial dan sebagainya untuk para majikan melihat kamu dari sudut peribadi serta kebolehan berkomunikasi kamu.
Diharapkan dengan perkongsian ini membantu anda membuat persediaan seterusnya berjaya ditawarkan kerja yang diimpikan.
Perlukan
bantuan?