7 Strategi yang Wajib Anda Tahu untuk Skor Gred A dalam SPM

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jul 22, 2019, 05:09 pm

Tak lama lagi peperiksaan SPM bakal menjelma. Tentu sekarang, apa saja yang anda lakukan menjadi serba tidak kena. Pegang buku ulang kaji subjek ini, risau mengenai subjek yang lain. Ada yang tidak selera makan, terlebih makan pun ada, tidak tidur malam semata-mata untuk mencapai keputusan yang cemerlang. 

 

 

Itu semua tidak dinafikan sangat penting tetapi setiap perkara yang dibuat mestilah mempunyai strategi. Barulah tidak rasa terbeban, stress dan mengalami kemurungan yang melampau. Jadi, sempena peperiksaan SPM yang berbaki beberapa hari saja lagi, kami kongsikan strategi yang akan membawa anda ke puncak kejayaan.

 

 

#PERTAMA (RANGKA JADUAL BELAJAR DENGAN BETUL)

 

Jadual belajar sangat penting. Semua elemen perlu ada iaitu masa rehat, masa belajar, masa makan, subjek manakah yang patut diberi keutamaan dan sebagainya. Rancang jadual dengan betul supaya otak anda tidak terlalu letih. Jika anda mengalami keletihan otak, ianya tidak akan berfungsi dengan baik. Bila tidak berfungsi dengan baik, semua yang dilakukan adalah sia-sia. Nasihat kami, menjelang 2 bulan terakhir sebelum peperiksaan, jangan rujuk sangat buku rujukan. Lebihkan latih tubi soalan. Jadikan buku hanya sebagai rujukan ketika menjawab soalan sekiranya anda keliru. Tonton video berkaitan bab tersebut di Youtube untuk lebih mengingati fakta dan memudahkan pemahaman terutamanya subjek membaca seperti sejarah, sains dan sebagainya. 

 

JADUAL

 

#KEDUA (PERSEDIAAN MENTAL UNTUK MASUK KE DEWAN PEPERIKSAAN)

 

Pada hari pertama peperiksaan, anda akan rasa satu perasaan lain macam. Mengigil, sakit perut, tangan kaki sejuk dan paling teruk otak anda gagal berfungsi dengan baik. Anda juga cuba untuk mengingati semua bab secara ringkas tetapi memori anda telah dihalang oleh penyakit gelabah. Makanya, anda perlukan persediaan mental sebelum melangkah ke dewan peperiksaan. Nasihat kami, buat persediaan yang rapi. Pastikan anda bawa slip peperiksaan, kad pengenalan diri dan alat tulis yang mencukupi ketika hari peperiksaan nanti. Semua ini penting supaya perkara tersebut tidak mempengaruhi mental anda kelak.

 

DSC_8208

 

#KETIGA (KETAHUI KAEDAH MENJAWAB SOALAN DENGAN BETUL)

 

Ini adalah elemen yang paling penting. Tahu jawapan tetapi jawab soalan tidak teratur khususnya soalan adjektif. Memeningkan kepala pemeriksa. Ingat pemeriksa itu manusia bukan robot. Ada ketikanya mereka mengalami gangguan emosi. Sekiranya sewaktu mereka menanda kertas peperiksaan, cara anda menjawab soalan menjadi punca bertambahnya tekanan emosi mereka, maka agak tipis untuk mendapat keputusan yang baik atau kemungkinan gagal terus. Jadi, perlu tahu kaedah menjawab soalan dengan betul. Kaedahnya seperti berikut :

 

  • Pengenalan (diakhir perenggan pengenalan masukkan senarai fakta)
  • Fakta (isi)
  • Huraian dibawah setiap fakta
  • Penutup

 

Cuba lihat artikel yang kami kongsikan ini, ada pembuka bicara, fakta, huraian setiap fakta dan penutup. Macam inilah cara yang betul untuk jawab soalan. Jangan pakai hentam sahaja.

 

 

#KEEMPAT (SKOR SUBJEK WAJIB)

 

Kalau dah susah sangat nak perah otak ingat semua benda, tolong fokus pada 5 subjek wajib skor dalam SPM bagi aliran sastera dan sains. Kalau boleh pastikan dapat A atau sekurang-kurangnya B pun dah cukup baik. Kalau tak mampu juga pastikan dapat kredit C. Kenapa kelima-lima subjek berkenaan sangat penting?. Untuk pengetahuan anda, kalau anda skor subjek-subjek tersebut, anda tak perlu risau gagal dalam permohonan ke universiti kelak. Tak kira dalam kursus apa sekalipun yang dipohon, anda pasti akan berjaya melainkan kalau salah isi borang permohonan. Ini kerana 5 subjek tersebut termasuk dalam kiraan markah merit pelajar bagi pemilihan kemasukan ke IPT kelak. Tak kiralah ke matrikulasi, politeknik, universiti dan sebagainya. Untuk info lanjut berkaitan pengiraan markah merit kemasukan ke universiti dan 5 subjek penting berkenaan sila KLIK DISINI bagi aliran sains dan KLIK DISINI bagi aliran sastera.

 

#KELIMA (LUPAKAN BUKU)

 

Beberapa minggu sebelum peperiksaan, sudah tak sempat nak baca semua bab dalam buku. Sebab itulah kami kongsikan dalam artikel sebelum ini tip untuk menghadapi pepriksaan SPM dengan cara yang terbaik dan pantas. KLIK DISINI untuk baca sekiranya anda belum lagi membacanya. Fokus pada point penting dan tahu bagaimana hendak “goreng” point berkenaan. Goreng sampai jadi sedap bukan goreng yang rasanya seperti digoreng dengan kaki ye!.

 

 

KEENAM (LATIH TUBI SOALAN BERKALI-KALI)

 

Masa yang suntuk jangan gunakan untuk scan buku setiap bab. Sudah terlambat, untuk anda kuasai bab berkenaan caranya adalah dengan soalan latihan. Dari situ, anda sudah boleh mentafsir bagaimana bentuk soalan dan soalan yang bakal diajukan untuk bab tersebut. Buku hanya dijadikan rujukan sahaja sekiranya anda terlupa fakta-fakta penting. Satu lagi tip terbaik daripada kami, cuba scan soalan. Scan soalan sampai ingat, nanti kalau keluar soalan yang sama pastikan terbayang dalam ruangan mata anda. Untuk dapatkan soalan analisis pakar yang 90% keluar dalam peperiksaan sila klik gambar dibawah. Muat turun sekarang Buku Ulang Kaji SPM secara percuma atau anda akan menyesal. Buku ulang kaji SPM ini menghimpunkan soalan-soalan ramalan SPM berdasarkan analisis pakar dan para pengubal soalan SPM anda. Anda akan dapat kenal pasti bab yang wajib anda kuasai. Jadi kenapa perlu buang masa. Dapatkan secara PERCUMA sahaja iaitu hanya MUAT TURUN BUKU ULANGKAJI SPM ini. Apa tunggu lagi muat turun PERCUMA soalan dan jawapan dengan KLIK DISINI

 

  

 

 

KETUJUH (BERJUMPA DENGAN GURU)

 

Ini tip penting yang tidak boleh dilupakan. Pernahkah anda dengar untuk mendapat keberkatan dalam ilmu yang diajarkan, perlu mohon berkat tersebut daripada “tok guru”. Sekiranya belum meminta restu, sila berjumpa dengan guru anda dan minta mereka mendoakan supaya mempermudahkan anda untuk menjawab soalan walaupun kadang kala anda tidak faham langsung apa yang diajarkan!. Tetapi adab menuntut ilmu, hendak berjaya mestilah ada sikap merendah diri. Yang penting restu dan doa selain doa daripada ibu bapa anda dan anda sendiri.

 

DSC06982

 

Akhir kata, selamat maju jaya untuk anda semua. Ingat, orang yang berjaya adalah orang yang paling berjaya menguruskan masanya terutamanya dalam waktu yang paling singkat!.

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mailwhatsapp icon