5 langkah jika keputusan SPM tidak memuaskan

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 06:00 pm

Keputusan SPM tidak memuaskan? Runsing dengan masa depan bila mendapat keputusan yang amat sukar untuk memohon ke universiti awam?  

1.  Bertenanglah, ini bukan hari kiamat!

 

Terdapat banyak berita mengenai pelajar yang membunuh diri kerana mendapat keputusan SPM yang tidak memuaskan. Ini bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya ada banyak lagi cara untuk kamu terus berjaya. Mungkin keputusan ini akan memberi hikmah kepada kamu untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi. Ingatlah, pembelajaran tidak hanya terhenti ketika berusia 17 tahun - tapi sehingga akhir hayat.

 

Jangan akhiri hayat kamu hanya kerana kamu gagal SPM. Terdapat banyak lagi jalan untuk kamu meneruskan kehidupan.

 

2. Pertimbang ambil semula SPM

 

Terdapat beberapa cara untuk mengambil SPM, seperti mengambil SPM Kertas Julai (ujian SPM semula untuk kertas Bahasa Malaysia dan Matematik) atau mengambil semula semua kertas peperiksaan dengan belajar di kelas-kelas swasta atau pusat tuisyen untuk mengambil semula secara persendirian. Pendaftaran untuk SPM tahun ini adalah sebelum 18 Jun 2021. Untuk panduan permohonan online, bayaran dan sebagainya boleh klik : CARA MEMOHON SPM ULANGAN 2022

 

3. Kenalpasti subjek terkuat anda

    

Kenalpasti subjek terkuat kamu dan berdasarkan subjek tersebut, bidang apa yang kamu boleh ambil dan institusi yang mana yang menyediakan bidang tersebut.

 

4. Pertimbang untuk kursus-kursus teknikal

    

Terdapat beberapa kursus teknikal seperti kolej vokasional, politeknik, atau kolej teknik yang tidak memerlukan keputusan SPM yang baik, tetapi memerlukan kemahiran dari segi teknikal seperti kimpalan, elektrik atau mekanikal. Dengan ini, kamu boleh memaksimakan kekuatan kamu dengan memberi fokus kepada bidang-bidang teknikal yang lebih sesuai dengan kamu.

 

5. Kerja

    

Jika kamu memerlukan masa untuk kamu berfikir ke mana hala tuju kamu selepas SPM, atau kamu tidak mempunyai wang untuk menyambung pelajaran, kamu boleh bekerja sementara mengumpul pengalaman kamu. Dengan bekerja, kamu mungkin mempunyai wang poket kamu sendiri, disamping dapat membantu meringankan beban keluarga. Baca juga senarai artikel dibawah untuk panduan. Semoga berjaya!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail