Siri IV – Senarai Keseluruhan Program Pengajian Berserta Syarat Kelayakan Mengikut Program yang Ditawarkan Oleh UniSZA

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jan 31, 2017, 04:59 pm

Perkongsian keseluruhan program yang ditawarkan oleh universiti awam menerusi portal UPU kelak diteruskan dengan siri ke IV iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza). Seperti biasa kami ingatkan semula, perkongsian ini melibatkan semua kategori permohonan iaitu bermula dengan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf dan STAM. Sebagai makluman, permohonan untuk ke Politeknik Premier tidak ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM ianya hanya ditawarkan kepada pemohon  lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf dan STAM sahaja.  Bagi anda yang terlepas perkongsian sebelum ini, klik Siri I (UPSI), Siri II (UiTM) dan Siri III (UTeM).

 

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN OLEH UNISZA

    • ISM Sains Sosial (Antropologi Dan Dakwah) dengan Kepujian
    • ISM Kerja Sosial dengan Kepujian
    • ISM Bahasa Inggeris Dengan Komunikasi (Kepujian)
    • ISM Pengajian Bahasa Arab (dengan Kepujian)
    • ISM Sains Komputer  (Pembangunan Perisian) dengan Kepujian
    • ISM Sains Komputer (Keselamatan Rangkaian Komputer) dengan Kepujian
    • ISM Sains Komputer (Komputeran Internet) dengan Kepujian
    • ISM Perakaunan dengan Kepujian
    • ISM Pentadbiran Perniagaan  (Kewangan Islam) dengan Kepujian
    • ISM Produksi Dan Kesihatan Haiwan dengan Kepujian
    • ISM Reka Bentuk Perindustrian Dengan Kepujian
    • ISM Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dengan Kepujian (Reka Bentuk Produk)
    • ISM Pengajian Islam (Usuluddin) dengan Kepujian
    • ISM Pengajian Islam (Syariah) dengan Kepujian
    • ISM Pengajian Islam (Dakwah) dengan Kepujian
    • ISM Usuluddin dengan Kaunseling dengan Kepujian
    • ISM Al-Quran Dan As-Sunnah (Qiraat) Dengan Kepujian
    • ISM Undang-Undang dengan Kepujian
    • ISM Hubungan Antarabangsa dengan Kepujian
    • ISM Perubatan dan Pembedahan
    • ISM Dietetik (Kepujian)
    • ISM Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Risiko Dan Takaful) Dengan Kepujian
    • ISM Bioteknologi Pertanian dengan Kepujian
    • ISM Teknologi Makanan dengan Kepujian
    • ISM Teknologi Maklumat (Informatik Media) dengan Kepujian
    • ISM Pengimejan Perubatan (Kepujian)
    • ISM Sains Pemakanan (Kepujian)
    • ISM Sains Bioperubatan dengan Kepujian

 

PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 

 

Seperti mana yang dijanjikan, kami kongsikan senarai keseluruhan program pengajian dan syarat kelayakan yang ditawarkan di Unisza dalam permohonan UPU yang akan dibuka pada 6 Februari kelak. Anda boleh klik  pautan di bawah mengikut kategori permohonan masing-masing.

 

 

MAKLUMAN PENTING : Pemohon kategori A adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2016 sahaja manakala Pemohon kategori B adalah pemohon yang menggunakan kelayakan SPM  tahun 2014 atau 2015. Hanya dua kategori ini sahaja yang dibuka untuk permohonan UPU untuk pemohon lulusan SPM bagi sesi akademik 2017/2018.

 

 

 

 

Diharapkan dengan perkongsian ini membantu anda untuk membuat persediaan sebelum permohonan UPU dibuka kelak. Anda juga boleh memuat turun dan mencetak program serta kelayakan itu. Bagi perkongsian universiti awam yang seterusnya, nantikan dalam siri ke V iaitu Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM).

 

 

Bagi yang terlepas, klik Siri I (UPSI), Siri II (UiTM) dan Siri III (UTeM). Kepada yang ingin mengetahui tip permohonan UPU dan puncanya gagal permohonan boleh klik di sini dan kepada yang ingin mengetahui mengenai pinjaman kewangan PTPTN untuk melanjutkan pengajian kelak, klik di sini. Semoga berjaya!.

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail