Senarai Keseluruhan Program Pengajian Berserta Syarat Kelayakan Mengikut Program yang Ditawarkan Oleh UPSI

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Jun 09, 2021, 10:45 am

Portal permohonan UPU telah dibuka untuk permohonan kepada pelajar. Tanpa membuang masa kami kongsikan semua program yang ditawarkan oleh 21 buah universiti awam termasuk Politeknik Premier yang membuat pengambilan pelajar menerusi UPU.

   

Perkongsian ini melibatkan semua kategori permohonan iaitu bermula dengan SPM, STPM, Matrikulasi/Asasi/ Diploma/ Setaraf dan STAM. Sebagai makluman, permohonan untuk ke Politeknik Premier tidak ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM ianya hanya ditawarkan kepada pemohon lepasan STPM, Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf dan STAM sahaja. Memandangkan jumlah universiti awam yang agak banyak itu, kami akan berkongsi mengenai program yang ditawarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terlebih dahulu kemudian diikuti oleh 20 lagi universiti awam lain mengikut turutan di bawah.

 

 

Untuk semakan syarat kelayakan di semua universiti sila klik senarai berikut

 

Sebelum kami teruskan kepada perkongsian program yang ditawarkan oleh UPSI, elok sekiranya anda mengetahui dahulu asal usul sejarah penubuhan UPSI, peringkat pengajian yang ditawarkan dan sebagainya. Ini penting sebagai langkah persediaan sekiranya program pengajian yang anda minati memerlukan anda untuk menghadiri temu duga. Tentu sahaja akan ada soalan berkaitan perkara-perkara berkenaan. Jadi jangan memandang remeh hal sebegitu.

    

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997. Penubuhan UPSI berkuat kuasa melalui Warta Kerajaan, P.U.(A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997 yang mengandungi dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997.

 

Sejarah awalnya bermula dengan penubuhan SULTAN IDRIS TRAINING COLLEGE (SITC) pada 29 November 1922 dan merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi seumpamanya di rantau ini. Pada mulanya, penubuhannya hanya bertujuan untuk menyediakan latihan ikhtisas keguruan kepada anak-anak tempatan. Namun begitu, kolej ini mula menerima pelajar-pelajar dari Singapura, British Borneo, Brunei, Filipina dan juga England kerana keupayaannya menjana bakal guru yang berwibawa.

 

Pada tahun 1959, SITC diubah namanya kepada MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (MPSI) seterusnya memenuhi keperluan melatih bakal guru untuk sekolah-sekolah rendah. Pada tahun 1987 ia dinaikkan taraf menjadi INSTITUT PERGURUAN SULTAN IDRIS (IPSI) yang juga merupakan langkah permulaannya untuk menjadi sebuah universiti awam.

    

Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai dua (2) kampus  iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) di Tanjong Malim dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS) di Proton City. Lokasi UPSI sangat strategik yang mana ia menghubungkan antara dua (2) negeri iaitu Negeri Perak Darul Ridzuan dan juga Negeri Selangor Darul Ehsan. Kini, UPSI mempunyai seramai lebih kurang 25,000 orang pelajar yang telah mendaftar untuk mengikuti pelbagai program pendidikan sama ada di peringkat Diploma,  Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Berikut adalah program-program yang ditawarkan :

 

  • Diploma
    • Diploma - Lepasan SPM
  • Ijazah Sarjana Muda
    •  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Open Market) - tiada jaminan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) selepas tamat pengajian.
    • Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan)
  • Ijazah Sarjana
  • Ijazah Doktor Falsafah

FAKULTI DAN PROGRAM PENGAJIAN

 

UPSI mempunyai sembilan (9) Fakulti dengan enam puluh tujuh  (67)  program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Ijazah Sarjana Muda dan  Diploma seperti berikut:

SISTEM AKADEMIK

 

UPSI mengamalkan sistem semester. Program Ijazah Sarjana Muda lazimnya mengambil masa selama 8 semester (4 tahun). Walau bagaimanapun, tempoh yang diberikan untuk menamatkan pengajian dibenarkan sehingga tidak melebihi (maksimum) 12 semester (6 tahun), manakala program Diploma mengambil masa selama 6 semester (2 tahun).

   

PELUANG-PELUANG KERJAYA

 

Graduan UPSI telah disediakan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup supaya mereka boleh menghadapi dunia kerjaya selepas tamat pengajian kelak. Antara kerjaya yang sesuai (mengikut bidang program yang diikuti) untuk graduan UPSI adalah:

 

  • Guru
  • Usahawan
  • Penyelidik
  • Saintis
  • Perundingcara
  • Eksekutif
  • Jurulatih Sukan
  • Pemuzik
  • Artis Kesenian
  • Editor
  • Penterjemah
  • Jurubahasa
  • Wartawan
  • Kaunselor
  • Pegawai Tadbir
  • Juru Runding Saham
  • Pegawai Perbankan
  • Pereka Fesyen
  • Juruteknik
  • Pereka Ict
  • Grafik
  • Animasi
  • Penyiaran
  • Pustakawan
  • Pensyarah
  • Pegawai It
  • Pembantu Makmal
  • Pegawai Sains
  • Akauntan
  • Pegawai Belia & Sukan
  • Tutor
  • Pembantu Murid
  • Programmer
  • Pemuzik

    

 

PROGRAM PENGAJIAN DAN SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 

 

SYARAT KELAYAKAN BAGI PROGRAM DIPLOMA LEPASAN SPM

Sudahkah anda bersedia untuk melihat senarai program pengajian beserta syarat kelayakan?. Boleh rujuk dan klik gambar di bawah sekiranya gambar tidak jelas.

 

 

 

SYARAT KELAYAKAN BAGI LEPASA PRA UNIVERSITI MENGIKUT KATEGORI

 

 

     

  

SEMOGA BERJAYA KAMI UCAPKAN!

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail