Permohonan Jawatan Guru di Sekolah Kebangsaan Dibuka Sekarang!

Diterbitkan oleh Afterschool.my pada Sep 27, 2019, 02:13 am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka tawaran kepada lepasan ijazah (degree) yang berkelayakan untuk menjadi Guru Interim di Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan Cina. 

 

Subjek yang Ditawarkan

Untuk permohonan guru di Sekolah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan, berikut adalah senarai subjek yang ditawarkan:

  • Sekolah Kebangsaan : Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Reka Bentuk dan Teknologi

 

Lokasi Penempatan Mengajar

 

Syarat Kelayakan Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2020
  • Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) bagi calon-calon Semenanjung Malaysia ATAU
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan sahaja dengan CGPA minimum 3.0 atau yang setara dengannya daripada Universiti Awam (UA) atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau universiti luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi calon-calon negeri Sabah dan Sarawak

 

Cara Memohon & Tarikh Tutup

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan melayari https://pismp.moe.gov.my/myUMUM 
  • Calon yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/ manipulasi maklumat dalam borang permohonan akan diambil tindakan dengan menarik balik surat tawaran dan dikenakan tindakan undang-undang. 
  • Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari temu duga, lapor diri bertugas dan selama tempoh interim
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 September 2019 (Isnin) sebelum jam 11.59 malam

 

Kepada anda yang berminat untuk mengemukakan permohonan bolehlah membuat permohonan terus sebelum tarikh tutup. Bagi mendapat iklan penuh yang mengandungi faedah-faedah yang bakal diperolehi sekiranya berjaya kelak, sila KLIK DISINI. Anda juga boleh membaca artikel lain yang dikongsikan dibawah. Semoga berjaya!. 

 

BERITA BERKAITAN
Berita Terkini

Perlukan
bantuan?
mail